Food,

Maggi Goreng Cili ala Kampung

9:08 AM Amyra 10 Comments

Assalamualaikum. 

Hello Readers.

Entry nie mungkin agak ketinggalan sebab dah ramai yang buat review masa bulan 3. Tapi disebabkan aku baru sempat nak rasa, makanya baru sekarang la aku cerita. Ditambah pulak dengan PKP, memang aku tak keluar rumah langsung, so memang tak sempat la into the scene masa tu. Gittew. 

Seperti biasa aktiviti lepas dapat gaji, aku dengan laki aku akan ke Giant Batu Caves beli barang dapur, stock up mana stok-stok makanan yang dah menyusut. Kalau cerita bab beli barang dapur nie kalau total semua tak sampai RM150 tak sah. Mana taknya, dalam list mungkin ada 15 barang nak kena beli, tapi bila nak checkout penuh satu troli. Benda yang tak sepatutnya beli pun amek jugak. Haha. Sapa macam aku? Angkat tangan.

Barang wajib aku akan stock up setiap bulan without fail seharusnya maggi. Actually Maggi tu sebenarnya jenama, dan produknya adalah Mi Segera. Betapa powernya branding Maggi nie sampai semua produk mi segera tak kira jenama apa kita akan panggil Maggi. Rasanya awal bulan hari tu banyak jugak jenis mi segera yang aku beli - Mi Goreng Sedapp, Mamee Chef TomYam & Ayam, Maggi Asam Laksa dan maggi yang aku tak pernah makan sebelum ni Maggi Goreng Cili ala Kampung.


Lepas 2 minggu aku simpan dalam almari, baru aku ada keberanian nak makan. Actually aku bukan takut apa, takut level dia sama pedas macam Maggi Pedas Gilerr. Mana taknya, aku dengan laki aku, kitorang berdua nie bijak sangat sampai tersalah faham maggi tu "Maggi Goreng ala Cili Kampung". Tau la kan cili kampung macam mana pedas dia. Disebabkan dah beli and nak sangat try aku abaikan anasir jahat cakap pedas gila maggi nie. Masa tengah tuangkan perencah dia, laki aku bersuara "Yang cuba bau balik perencah nie, dia ada bau pedas nie" Aku dalam hati ahh sudah macam mana nie kalau pedas. Hahaha. Yer aku orang Kedah tapi lidah aku tak tahan kalau pedas sangat, Aku surrender. 

Dah siap semua, aku siap-siap ambil air sejuk sebotol sebelum bersila makan maggi depan tv sambil tengok Runningman. Makan la dengan ayam goreng yang laki aku beli sebelum balik rumah. Surprisingly, lepas aku gaul maggi dengan perencah, maggi nie tak keluarkan bau yang kuat macam mi goreng segera jenama lain. Aku tak tau la nak explain, tapi kalau kau gemar makan maggi goreng Sedap dia ada satu bau, nak kata bau bawang putih, eh tak tau la. Tapi bau tu dari minyak dia. Maggi Goreng Cili ala Kampung nie, tak ada bau yang kuat dan lebih mengejutkan aku maggi nie tak sepedas jangkaan aku. Bila aku tengok balik pek tu baru aku perasan dia sebenarnya "Maggi Goreng Cili ala Kampung" bukan "Maggi Goreng ala Cili Kampung"

Gambar asal boleh je ni. Memandangkan aku tengah lapar dan tak sabar nak melantak aku malas nak snap elok-elok
Secara kesimpulannya memang sedap, boleh la jadi pengganti maggi goreng kesukaan aku. Cuma harga dia agak mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan jenama lain. Tapi berbaloi la dengan harganya. Oh ya, selain perisa Cili ala Kampung, Maggi jugak ada keluarkan perisa Sambal Tumis Bilis. Lepas nie boleh la cuba perisa Sambal Tumis Bilis pulak. 


Awal-awal pagi post cerita pasal maggi nie lapar pulak, Oklah aku nak makan breakfast lepas tu mula bekerja. Happy working guys. 

P/s: Pengeluar produk mi segera tak nak ambil aku review mi segera dorang ke

You Might Also Like

10 comments:

  1. Hi Amyra, kakak pun pernah beli maggi goreng ni...ok la no so bad.kena la dengan tekak kakak

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. So far Maggi tak pernah mengecewakan. Cuma Maggi Pedas Giler 2x je Myra tak berani nak try.

      Delete
  3. saya lagi ketinggalan le.. sebab tatau ada meggi ni haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti Siti jarang beli meggi. Nanti boleh la try.

      Delete
  4. Menarik belum cuba lagi, macam sedap sebab cili tu pedas kena dengan selera

    ReplyDelete
  5. Confirm sedap ni.Suka pedas. Tak jumpa lagi. Selalu beli mee maggi kari flavour je.

    ReplyDelete