Health

Cara Melegakan Asma tanpa Inhaler/ Pam Ventolin

3:12 PM Amyra 2 Comments

Assalamualaikum. 

Hello Readers.

Rasanya belum terlambat lagi kalau Myra nak ucapkan Selamat Hari Raya dekat korang semua. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Bertabahlah kita yer dah 2 tahun tak dapat nak beraya dengan keluarga dekat kampung. Semoga tahun depan hidup kita kembali normal seperti sebelum wujudnya Covid nie. 

Sejak kebelakangan nie, Myra memang kerap kena serangan asma. Ye lah dengan cuaca yang tak menentu sekarang nie, bila-bila boleh kena asma attack. Makanya stock Inhaler memang kena sentiasa standby. Tapi biasalah kita nie manusia, tak lari dari sifat pelupa. Myra sendiri pun kadang terlupa nak masukkan inhaler dalam handbag. So kalau datang serangan asma, memang boleh menggelabah la sebab takde inhaler kan. 

Apa korang boleh buat kalau terkena serangan asma tapi takde inhaler atau pam Ventolin?

Sebelum Myra kongsi dengan korang macam mana cara nak legakan Asma tanpa inhaler, jom kita tengok macam mana nak kenalpasti atau tau bila mulanya serangan asma nie.

1. Wheezing ataupun nafas berbunyi
Selalunya orang yang terkena asma attack nafasnya akan berbunyi. Sama ada masa tengah tarik atau hembus nafas. Orang yang ada sekelilinag boleh perasan kalau nafas berbunyi nie,  Nafas berbunyi yer bukan berbau.

2. Batuk 
Yang nie depends kepada pesakit. Tapi Myra sendiri kalau kena asma attack memang akan batuk. Dan batuk tu sangat teruk. Kononnya dengan batuk nie boleh la legakan sikit saluran udara. 

3. Sesak Dada
Serangan asma memang akan datang sekali dengan rasa sesak dada. Kira macam Combo la nie. Sesak dada nie rasa dia macam sakit dada, dada terasa sempit atau ketat.

4. Sesak Nafas
Selain sesak dada, sesak nafas pun Combo masa terkena serangan asma. Masa nie memang susah nak bernafas dan nafas pun pendek-pendek je. Masa nie nak bercakap pun terasa susah dan mengah. 

Ihsan: MyHealth

So, Myra kalau dah mula batuk, Myra akan mula ambil inhaler sebab nak elakkan keadaan jadi lagi teruk. Kalau korang dah ternampak ada kawan-kawan yang mula tunjukkan sintom-sintom diatas, korang boleh mintak dia terus ambil pam. Katakanlah dia tertinggal pam, ini yang boleh korang buat. 

1. Duduk Tegak dan Senyap
Selalunya Myra bila sedar inhaler takde Myra akan duduk senyap-senyap. Duduk dengan tegak dan kurangkan bergerak dan bercakap. 

2.  Minum Air Panas
Dalam keadaan macam nie Myra memang akan banyak minuum air panas atau air suam. Awas! Jangan terlalu panas, kang melecur lidah. Tapi korang kena berhati-hati, bila minum banyak air nie tak mustahil masa serangan asma ni jadi korang akan mengalami batuk terkencing.


3. Sapu Vicks di dada & leher
Vicks nie pun antara benda yang wajib ada dalam handbag selain minyak cap kapak. Kalau takde vicks Myra akan gantikan dengan minyak cap kapak atau minyak lain yang berangin. Selain dari sapu dekat dada & leher, korang boleh jugak campurkan Vicks dengan air panas, lepas tu sedut wap air tu. 

4. Bernafas pelan-pelan. 
Yang nie pun penting. Myra tak pandai sangat. Tapi ada yang menasihtakan bernafas perlahan-lahan melalui hidung dan hembus nafas dengan mulut. Korang boleh refer dengan doktor  teknik pernafasan yang lebih efektif. 

Satu perkara yang Myra tak dapat nak control bila terkena serangan asma ialah BERTENANG. Penting untuk kekal relaks kalau kena asma attack. Part nie memang Myra kalah. Selalu kecundang. Sudahlah kena Asthma Attack lepas tu kena Panic Attack. Dalam keadaan sekarang Myra tengah belajar untuk tak panic bila terkena serangan asma. Dalam 5 serangan yang berjaya kekal tenang tu mungkin 2 kali je. Selebihnya gagal dan terpaksa terus ke hospital atau klinik untuk ambil Nebulizer. 

Secara jujurnya, Myra sendiri ikut tips dekat atas nie. Cuma 1 masalah Myra ialah tak mampu nak bertenang dan kekal relaks. Insyaallah kalau bertenang dan relaks serangan asma tu takkan jadi lebih teruk. 



Sejak beberapa tahun, memang nie kawan baik dan nyawa Myra. Pernah sekali tu tertinggal Inhaler nie dekat  rumah dan sebelum tersedar si Biru nie takde dalam beg, keadaan Myra elok je, tajde tanda2 serangan asma pun sikit pun takde. Tapi bila sedar je si biru nie takde, terus sesak nafas, sakit dada. Berpeluh tak payah cerita la sampai menggigil tangan tak tau nk buat apa. Dah lah masa tu dekat NuSentral tengah tunggu cik abang balik keje. Sebab tak mampu nak bertahan, suruh dia balik time tu jugak walaupun lagi sejam baru dia boleh clock out. Masuk dalam kereta, tengok dalam dashboard ada 1 spare turus rasa OK. Perangai sangat. 

Kepada korang yang ada masalah macam Myra, semoga kita sentiasa sihat. Doakan jugak masalah panic attack Myra nie berlalu pergi. Penat nak menghadap bila terkena panic attack nie. 

Semoga lepas nie seketul Myra tak cepat panik dan menggelabah dan tak tinggal ventolin dia merata-rata. 

Bye

You Might Also Like

2 comments:

  1. semoga semuanya baik baik aje ye myra...take care

    ReplyDelete
  2. Take care.. Sy pun ada asma.. Tp syukurlah tak guna inhaler lg.. Asma dtg kalau demam saja..

    ReplyDelete