Kempen Beli Barangan Malaysia & Jualan Akhir Tahun di PG MALL

Assalamualaikum. 

Hello Readers.

Pejam celik, pejam celik sekejap je dah hujung tahun. Dah nak masuk 2021 pun. Sepanjang tahun 2020 nie, Myra banyak habiskan masa dekat rumah. Maklumlah PKP, dengan kws Covid-19 nie belum ada keberanian nak keluar rumah kecuali pergi kerja. Secara jujurnya, Myra memang dah berbulan tak jejak kaki ke shopping mall. Semua beli online je. Sekarang semua di hujung jari kan. So lebih mudah dan cepat. Klik klik je, lepas tu tunggu barang sampai.

Online Shopping lebih mudah dengan PG MALL.

Sekarang nie Myra banyak membeli dari PG Mall. PG Mall? Apa tu? Tak pernah dengar pun. PG Mall ni merupakan satu website e-dagang (atau dipanggil e-commerce) yang ditubuhkan sejak 2017 dan juga Malaysia No. 1 E-Commerce Platform. PG Mall ni satu-satunya platform e-commerce tempatan di Malaysia. Laman web PG Mall disenaraikan sebagai TOP 3 e-commerce site dalam laporan oleh Iprice Insight. Lebih memudahkan pengguna, PG Mall menerima semua e-wallets dan payment gateaway.

Jualan Akhir Tahun di PG MALL

Bila dah akhir tahun nie memang seronok la nak berbelanja. Maklumlah musim Jualan Akhir Tahun. PG Mall pun tak ketinggalan dengan kempen Jualan Akhir Tahun nie tau. Bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2020, korang boleh dapatkan pelbagai barangan rumah, barangan runcit, baju & pakaian, barangan kecantikkan & barangan bayi dengan harga yang murah. Eh, barangan sukan dan elektronik pun ada tau. Masa nie la kita nak support barangan tempatan. #BarangBaikBarangKita la katakan.
Korang boleh guna kupon dibawah untuk diskaun:-

·         Code - KBBM20 untuk RM20 off dengan pembelian minima RM50. 
·         Code - KBBM30 untuk RM30 off dengan pembelian minima RM100.
https://pgmall.my/proudly-local-campaign

Apa yang menarik di PG MALL?

Myra baru je terjah website PG MALL mencuci mata. Ada beberapa store yang menarik minat Myra. Tak sabar nak tunggu gaji nak berbelanja.

1.       Oriental Ceramic

Mak-mak mesti suka store nie. Mana taknya banyak pilihan pinggang mangkuk yang menarik dekat shop nie. Rambang mata tau. Corak dia pun menarik. Korang boleh tengok sendiri.

2.       Forever Dewi

Dekat Forever Dewi nie korang boleh beli produk penjagaan kesihatan.


3.       D Baby Care

Tengah cari barang keperluan bayi? Korang boleh tengok D Baby Care store. Nak cari apa? Susu, beg, krim bayi semua ada. Stroller pun ada yer.



4.       Teng Mobile

Nak cari aksesori untuk telefon bimbit? Tak perlu risau. Teng Mobile ada.

Selain daripada Jualan Akhir Tahun, PG MALL juga ada FREE SHIPPING DEALS. Dengan belian minimun RM30 korang boleh dapat Free Shipping. Ha, tak payah nak pening pening dengan kos penghantaran kan. Free Shipping Deals nie dah bermula dari 1 Disember dan akan berakhir pada 31 Disember nie. Lagi banyak korang membeli lagi banyak faedah dan diskaun yang korang dapat.


TUNGGU APA LAGI?? Shop now!!! at PG Mall Website 

😱Untuk Maklumat Lanjut😱

FacebookFacebook PG Mall

 #PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #yes #yearendsale2020 #freeshipping

Tiada Lagi Ahad Yang Menyebalkan

Assalamualaikum. 

Hello Readers.


Akhirnya, setelah hampir 2 tahun Myra tak menikmati hari Ahad tanpa memikirkan kena tolak cuti atau gaji, hari nie officially Myra terlepas belenggu dari hari Ahad yang menyebalkan. Owh, menyebalkan tu lebih kurang menjengkelkan yer. Sepanjang 2 tahun tu, bukan la takde cuti Sabtu dan Ahad, ada je cuma bila ada Public Holiday je la. Maklumlah bekas pekerja yang bosnya bangla kan. Alhamdulillah, pada masa yang Myra down sangat Allah bagi jalan lain untuk Myra, dia bagi peluang pekerjaan lain untuk Myra move on. Harapnya lepas nie secara perlahan-lahan Myra boleh kembali normal dan tak perlu sangat bergantung dengan ubat. Amminn.

Memandangkan hari nie officially Myra menikmati hari Ahad tanpa sebarang perasaan tak puas hati dan tiada kata-kata makian, makanya mood Myra agak baik hari nie. Ditambah pulak dengan hujan lebat awal pagi tadi, lagi seronok la duduk dalam selimut kan. Tapi jangan berangan la nak bangun lewat, sebabnya ada 3 ketul anak bulus akan datang bertenggek dikeliling Myra. Awal pagi dah kacau ajak main. Sabo je la. 

Loki - Suspek utama yang paling nakal tapi manja

Memandangkan dah bangun awal, ditambah dengan sejuk pulak makanya perut oun bernyanyi-nyanyi. Husband Myra awal lagi dah tanya pagi nie nak breakfast apa. Memang dah jadi kebiasaan dia kalau kitorang tak kerja, dia akan tanya nak breakfast apa. Kalau rajin masaklah apa yang ada dekat dapur tu kalau tak dia nanti keluar cari nasi lemak tak pun roti canai. Disebabkan hujan lebat hari nie, dia tengok dekat dapur ada tepung cucur ikan bilis. Jadilah untuk breakfast kitorang berdua. Roti, biskut dengan kaya pun ada. Yer. dekat rumah Myra memang tak dibenarkan masak. Kecuali, benda-benda simple ataupun masa husband Myra bekerja. Bab masak-memasak memang dia sendiri akan buat. Dari lauk simple sampailah me"rendang" masa raya hari tu. 

Hujan-hujan pekena teh o panas. Asyikk.


p/s: Semoga dekat tempat baru nie Myra lebih tenang, kesihatan lebih baik. 

Review Spicy Lemon McChicken Deluxe - Burger Baharu di McDonald's

Assalamualaikum. 

Hello Readers.

Happy Sunday. Memandangkan hari nie hari ahad dan Myra terpaksa berkerja FULL makanya terpaksa la mencari lunch dekat foodpanda atau grabfood. Korang punya RM50 ePenjana dah habiskan ke? Hujung bulan nie expired tau. Disesbakan ada lagi balance, Myra decide untuk self reward diri sendiri dengan burger baharu di Mekdi (McDonalds).

Myra kalau pergi McD memang selalunya akan order Spicy Chicken McDeluxe. Jarang sangat nak order makanan lain melainkan mood tetiba nak berubah angin. Gittew. Tengah-tengah scroll Grabfood ternampak promo burger baharu dekat McDonald's. Nampak macam menarik, ye la kombinasi Spicy Chicken McDeluxe dengan Sos Lemon Mayo. So mestilah rasa dia pedas-pedas masam kan. Myra lupakan hasrat nak order nasi lemak Ali, Muthu & Ah Hock, terus order McDonald's tanpa berfikir panjang. 
Maafkan Myra sebab kuat makan.
Tak tau lah kenapa lately nafus makan bukan main lagi, Padahal semalam bukan main lagi Myra melantak. Dari makan tengahari sampai ke malam, Nasi Ayam Penyet - Fish Fingers - Milo Godzilla - Smoked Duck Carbonara Spaghetti (extra Spaghetti, Extra smoked duck untuk birthday girl) Tapi hari nie lapar macam tak makan

Expectation vs Reality


Myra takde la expect terlalu tinggi. Perkara biasa bila dalam gambar dengan actual produk berbeza. Orang dalam gambar dengan depan-depan pun lain. Ye dok? Tapi ada la sedikit kekecewan bila tengok sos lemon mayo tak semenarik macam dalam gambar. Takpelah bantai je la. Tengok macam mana rasa dia pulak. 


Secara keseluruhan ok je rasa dia. Tak jauh beza pun dengan burger Spicy Chicken McDeluxe. Yang berbeza dia tambah mix salad - additional kobis purple dengan carrot. Sebab itu je yang Myra nampak. Sos Lemon tu pulak, bagi Myra, takde lah masam macam yang Myra expect, masam -masam manja pun tak. maybe sebab sos lemon tu dia letak tak banyak so tak terasa sangat. Yang lain sama macam burger kegemaran Myra Spicy Chicken Mc Deluxe - juicy chicken patty dengan bun yang lembut. Mungkin next time Myra boleh mintak extra Sos Lemon Mayo baru terasa masam-masam lemon. 

Nak repeat lagi ke Tak?

Untuk Myra yang memang suka Spicy Chicken McDeluxe, why not repeat. Sebab kombinasi burger dan sos lemon tu sedap je. Cuma macam Myra cakap tadi boleh try mintak extra sos lemon untuk rasa lebih masam. Kalau nak cakap tahap kepedasan dia, sama je macam Spicy Chicken McDeluxe. Nak lagi power, tambah black pepper yer. 

Selain dari burger baharu, korang boleh juga cuba Thai Milk Tea Cone atau Sundae. Yang nie Myra tak sempat nak cuba sebab tadi tak available. So maybe next time boleh la singgah Mekdi try aiskrim pulak. 

Bye. 















RM 24x/gram - Harga Emas TERENDAH Sempena PG MALL 916 GOLD CULTURAL DAY

Assalamualaikum. 

Hello Readers.

Sejak dari PKP bulan 3, Myra memang suka shopping online. Yelah, klik-klik je apa yang kita berkenan, lepas tunggu tunggu barang sampai depan rumah. Myra diperkenalkan dengan PG Mall dari kawan-kawan blogger yang lain. Memang boleh nipis dompet kalau dah log in PG Mall. Bagi yang belum tahu ada itu PG Mall, meh Myra perkenalkan dekat korang. 

PG Mall? Apa tu PG Mall?

PG Mall ni merupakan satu website e-dagang (atau dipanggil e-commerce) yang ditubuhkan sejak 2017 dan juga Malaysia No. 1 E-Commerce Platform. PG Mall ni satu-satunya platform e-commerce tempatan di Malaysia. Laman web https://pgmall.my/register?referralPgCode=nuramira.roslan@yahoo.com disenaraikan sebagai TOP 3 e-commerce site dalam laporan oleh Iprice Insight. Lebih memudahkan pengguna, PG Mall menerima semua e-wallets dan payment gateaway. 


916 Gold Cultural Day

Emas!! Siapa je yang tak suka emas. Selain perhiasan boleh juga dijadikan pelaburan, Malaysia Gold Association (MGA) telah melancarkan 9.16 sebagai Hari Budaya Emas atau Gold Cultural Day pada 16 September setiap tahun. Objektif 916 Gold Cultural Day adalah untuk memberi kesedaran bahawa perhiasan emas merupakan pengikat dalam budaya di Malaysia, selain menjana ekonomi emas tempatan dan membantu dalam perdagangan dua hala di Malaysia. 

Bersempena 916 Gold Cultural Day, PG Mall akan mengadakan promosi dengan menawarkan harga terendah iaitu 24x/g . Selain itu, PG Mall juga menawarkan  barangan kemas 916 pada harga terus dari kilang dengan Free Shipping kalau korang berbelanja di www.pgmall.my. 916 ni merupakan number yang bermakna dalam industry emas. 916 merupakan emas 22 karat yang popular sejarahnya dengan barangan kemas yang berkualiti di negara seperti Malaysia dan Singapura. 

Penjual dan pembekal barangan yang berminat boleh menyertai fiesta ini di PG Mall dengan jualan harga terus dari kilang. Tunggu apa lagi? Jom kita tambah koleksi barangan kemas untuk perhiasan dan pelaburan di https://pgmall.my/Jewellery-1.

Korang boleh guna kupon di bawah untuk diskaun yer.
💗 2% off (Capped at RM1000) = CODE: LOVEPGJ
💗 RM20 off  minimun spend RM1500 = CODE: SMO1119
💗 RM25 off  minimun spend RM1500 = CODE: SMO1120


RM3 e-wallet Reload & Cashback

Untuk pengguna baru, korang akan dapat RM3 reload Touch'nGo kalau korang berbelanja serendah RM15 di PG Mall. Menarik kan? Kempen nie sah sehingga 30 September 2020 je tau. Tunggu apa lagi? Korang boleh check it out dekat https://pgmall.my/tngnewshopper

Selain dari kempen untuk pengguna baru, korang juga boleh dapat RM3 cashback dengan pembelian serendah RM15. Kempen bermula 5 September sehingga 4th October 2020.


Health & Beauty Essential Week

Yang nie memang kegemaran dan promosi yang paling ditunggu-tunggu oleh semua perempuan. Bermula 15 September sehingga 30 Setember 2020, PG Mall akan mengadakan promosi untuk barangan dan produk kesihatan dan kecantikan dimana korang boleh dapat diskaun sehingga RM30 dan Free Shipping dengan maximum capping RM4 di https://pgmall.my/heatlhbeauty-essentials-week

💗 RM25 off dengan perbelanjaan minimum RM100, Free Shipping capped at RM4. 
CODE: LOVEPGHB25
💗 RM30 off dengan perbelanjaan minimum RM150, Free Shipping capped at RM4.
CODE: LOVEPGHB30

Shop now!!! at PG Mall Website


😱Untuk Maklumat Lanjut😱

Facebook: Facebook PG Mall

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #Touchngo #boost #health&beautyessentialsweek #916sale #Goldculturalday #MGA #MalaysiaGoldAssociation 





It's Okay to Not Be Okay

Assalamualaikum. 

Hello Readers.

Happy Sunday. Seronok ye korang cuti panjang. Aku jugak yang cuti longkang. Padahal keje HR. Ok, tak nak cakap banyak kalau tak hati memberontak. Rasa nak marah. 

Aku baru je habis tengok "It's Okay to Not Be Okay".Yer aku agak terlambat sebab ramai yang dah khatam drama nie. Disebabkan ramai yang recommend drama nie dan review semuanya memberansangkan. Why not kan aku tengok. Dan antara sebab lain yang membuatkan aku nak sangat tengok drama nie sebab ia dikatakan healing drama. And yes. aku boleh relate banyak scene dengan diri aku. 1st episod aku tengok laki aku dah start membebel cerita apa la yang awak tengok nie? Dah takde drama lain ke? Sudahnya dia yang tak sabar nak tengok next episod. Sampaikan dia tengok tak tunggu aku semalam sebab aku dah mengantuk sangat. 



Sinopsis It's Okay to Not Be Okay
Mengisahkan  Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun),  seorang jururawat di hospital psikiatri yang hidup bersama abangnya Moon Sang-tae yang menghidap Autism Spectrum Disorder (ASD) dan Ko Moon-young (Seo Ye-ji) seorang penulis buku kanak-kanak yang mengalami masalah Antisocial Disorder. Moon Gang-tae dan Ko Moon-young berjumpa dalam satu insiden yang tak diingini. Sepanjang perkenalan mereka, banyak insiden berlaku dan kebenaran yang terungkai. 

Butterfly Hug Method
Butterfly hug method nie merupakan salah satu cara yang method yang Gang-tae ajar Moon-young. Dalam keaadan yang kita tak mampu kawal perasaan, pejam mata, silangkan tangan dan peluk diri sendiri, lepas tu tepuk bahu sendiri. Perasaan dia seolah-olah ada orang yang peluk kita, so kita akan rasa lebih lega dan tenang. Insyaallah. 

Selain dari butterfly hug method, Gang-tae ada jugak nasihatkan Moon-young untuk kira 1 sampai 3 sebelum buat sesuatu atau tengah marah. Benda nie selalu doctor aku pesan, kalau tengah marah, or rasa tak boleh bertenang - tarik nafas dalam-dalam, kira 1 sampai tiga. Istighar. Benda nie memang aku practice dalam aktiviti seharian aku. Especially bila aku dekat office dan ada argument dengan boss aku. Secara jujurnya, boss aku memang banyak menguji kesabaran aku. Pernah sekali aku dah bertekak teruk dengan dia sebab dia paksa aku untuk tolak Annual Leave masa PKPB baru start. Ye lah masa tu, nak gerak rentas negeri kan kena tunggu Gerak Malaysia. Masa tu staff lain semua masuk office, aku yang terkandas dekat Sungai Petani, bekerja dari rumah. Settlekan gaji staff, application Subsidi Upah. Bila masuk office, dia cakap tolak cuti sebab tak fair untuk orang lain yang masuk office dan buat gaji tu sehari je. Yer, menyiraplah seketul Amyra. 

Kalau nak diceritakan pasal boss aka CEO tempat aku bekerja, tak tau la nak cerita macam mana. Faham, mana-mana company pun akan ada politik dan double standard. Tapi tak la terlalu obvious. Aku bukan nak memburukkan siapa-siapa. Tapi adilkah bila seorang CEO boleh bagi Account Manager untuk cuti Sabtu & Ahad minggu ke 3 & 4, tapi back office yang lain cuma dapat halfday. Adilkah tu? Aku pernah ambil keputusan untuk berhenti, tapi tu aku terpaksa fikir panjang. Aku tak nak kedepan aku suffer masalah lain. Aku pernah dapat offer lain, cuti sabtu ahad, company besar tapi disebabkan masalah terlalu fikir, terlalu takut untuk berdepan dengan environment baru. Silap aku sebab terlalu brefikir banyak dan tolak offer tu. Sekarang aku menyesal. 


Sejujurnya aku penat. Penat sangat. setiap hari bangun pagi nak pergi kerja memang kena berperang dengan perasaan sendiri. Semoga ada jalan keluar untuk aku. Haha. Doakan aku gais. Semoga ada sinar kebahagian untuk aku. Ammin. Tunggu la next appointment awal bulan September. Tengoklah macam mana progressnya. Semoga baik-baik semuanya. 

Maaflah termelalut dan buat curhat (curahan hati). Berbalik kepada drama It's Okay to Not Be Okay, overall drama nie memang best. Lain dari yang lain. Laki aku yang tak layan K-Drama boleh layan sampai last episod dan dia pulak yang obsess dengan Ko Moon-young tu. Hangin je aku tengok dia. 
Ada part kau akan ketawa, ada part sedih. Well balance cerita nie. And at the same time, kau akan dapat info tentang kesihatan mental. It is  something worth to watch. 


Bye. Till next post.