Career,

Red Flag Alert: Edisi Tempat Kerja

12:19 AM Amyra 0 Comments

Assalamualaikum. 

Hello Readers.

Sejak kebelakangan nie, ramai yang Myra tengok dah bertukar tempat kerja dan berhijrah ke tempat baru. Alhamdulillah Tahniah. Myra percaya ramai juga dalam kalangan kita tengah usha-usha mencari tempat kerja baru untuk gaji yang lebih besar atau environment yang lebih baik. Good luck gais. Walau apa pun sebab dan tujuan korang, Myra doakan semoga urusan korang dipermudahkan. Aamiin. 

Since ramai yang bakal berhijrah tempat kerja, Myra nak share beberapa red flag yang korang boleh resonsider bila nak buat keputusan untuk join tempat baru atau pun tak. Nie berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan disekeliling Myra.




1. Invterview proses terlalu SENANG.
Selalunya proper interview proses akan ambil masa seminggu, paling cepat pun 3 hari untuk interviewer atau HR get back to candidate. Ketahuilah kalau hari nie datang interview, sebelum habis interview dah dapat jawapan ternyata company tu sedang desparate perlukan staff. Lagi parah kalau tak boleh tunggu kita habiskan notice period, kalau boleh esok jugak nak suruh kita masuk kerja.

2. "We work as a FAMILY"
Selalunya Myra akan dengar ayat nie masa interview session. Alasan "We work as a TEAM" atau "We work as a FAMILY" ni sebenarnya hanya untuk tambah kerja kita. Auta je tu. 

3. Turn-over staff Tinggi.
Susah untuk kita tau turn-over staff sebelum masuk bekerja, Selalunya Myra akan tanya samada position yang Myra apply ni adalah replacement atau new created position. Then Myra akan tanya, berapa ramai staff dalam pejabat dan berapa lama average tahun berkhidmat. Sesetengah majikan tak perasan tapi ada majikan yang kaki putar, so beware. 

4. Tak Transparent.
Berdasarkan pengalaman Myra, majikan takkan cerita terus terang secara spesifik Job Scope kita nanti. Masa apply kerja dekat jobstreet dah boleh perasan sebenarnya. Job ads takde JD pun cuma letak requirement je. Selain dari tu, kalau majikan agak susah nak bagi Offer Letter melalui email. Kalau nak tengok Offer Letter kena datang office dan sign masa tu jugak. Ataupun Offer Letter yang terlalu simple pun ada masalah. 

5. Suasana Pejabat.
Masa korang pergi interview tu, cuba perhatikan keadaan sekeliling. Berapa ramai staff dalam pejabat. Pejabat tu sunyi macam perpustakaan ke tak. Ada sesetengah majikan, dia nak elak kita bertembung dengan staff lain, dia akan cuba arrange sesi interview diluar waktu pejabat, lepas pukul 6 or hari sabtu contohnya. Kita ingatkan dia nak mudahkan kita, rupanya tak nak kita terserempak dengan staff lain takut tembelang pecah.

As for now itu yang mampu Myra fikirkan. Maklumlah menaip lepas waktu tidur. Nasihat Myra sebelum korang terima jawatan kerja, korang boleh check dulu company review. Selalunya dekat Jobstreet akan ada ex-staff yang tinggalkan review. Semoga kita tak seperti "keluar mulut buaya, masuk mulut harimau".


You Might Also Like

0 dah "bash" Myra: