Tips

Minimalist Desktop dengan Rainmeter

11:54 PM Amyra 4 Comments

Assalamualaikum. 

Hello Readers.

Sebenarnya post nie dah lama dalam draft. Tak tau la bila nak publish. Mana taknya, bila buka laptop nak menaip tetiba malas datang. Haa. Begitulah ceritanya. Tapi kalau korang boleh baca entry nie makanya Myra berjaya publish entry nie setelah sekian lamanya. Tahniah Amyra. Tiberr. Sejak Myra dapat menikmati cuti hujung minggu tanpa gangguan nie, macam-macam benda yang Myra selongkar. Sampaikan ada aplikasi TikTok la dekat handphone Myra. Best rupanya scroll video dekat TikTok nie. Especially #RacunTikTok, #EcoHaul. Hahaha. Semua nie punca duit dalam akaun bank susut.
 
Myra bukan nak bercerita pasal TikTok tapi nak bercerita berkenaan 1 customization tools untuk laptop atau desktop korang. Yang suka minimalist, ataupun futuristik korang perlu install RAINMETER. Actually Rainmeter nie dah wujud lama, so rasanya ramai yang dah tahu kewujudan dia. Tapi bagi korang yang belum tahu, jom kita tengok apa yang menarik. 
Desktop Myra lepas install Rainmeter. Simple & Nice. 

Macam mana nak download Rainmeter?


Korang boleh dowload Rainmeter dekat laman web ni. Dan pilih final version. Beta version pun boleh sebab ada sesetengah skin perlukan latest version. So terpulanglah dekat korang nak dowload yang mana. Once dah settle download, korang bukak setup file dan ikut arahan untuk installation. Mudah je. Dah install semua boleh la korang godek-godek rainmeter nie. 
Basically kalau korang baru download rainmeter nie, bahagian kotak merah tu akan kosong. Apa yang ada dalam kotak merah tu actually skins yang korang dah download dari several website. Korang boleh Google je "Rainmeter Skins". Myra share dengan korang 2 website yang selalu Myra guna untuk cari skins or dock rainmeter.

2. Deviantart.com

Pilih mana yang korang berkenan dan download. Once dah download, macam biasa korang kena install dulu baru skin tu akan appear dekat rainmeter manager korang. 

Setiap skin mempunyai item yang berbeza-beza. So korang boleh tengok and pilih mana korang nak. 
- First korang klik dekat file .ini
- Untuk launch skins tu dekat desktop, tekan Load (no 2 macam dalam gambar dekat atas) - Nak padamkan skins tu tekan Unload.
- Lepas tu korang boleh la adjust position dia, transparency or macam mana korang nak dia apprear bila on hover. 
- Then Refresh. So korang dah boleh nampak skins tu appear dekat desktop korang.
Simple je kan. Kalau korang tak faham, korang boleh cari je video tutorial dekat youtube. Myra nak buat video pun takde yang nak tengok. So boleh la kalau korang nak customize laptop/pc korang sendiri lepas nie. 
Dah install semua nie nanti ada plak yang tanya:-
" Kak Myra, Kak Myra, macam mana nak hilangkan icon dekat desktop tu?"
Right click dekat desktop korang lepas tu View, then Show Desktop Icon. Nanti hilanglah icon-icon yang berlambak dekat desktop korang tu.
"Kak Myra. Kak Myra. Tak berat ke laptop pakai/install Rainmeter ni?" 
Akak angkat laptop akak nie ringan je tak sampai sekilo pun beratnya. Gurau je. So far takde masalah slow or lag lepas Myra install Rainmeter nie. 
Sekarang korang dah boleh customize desktop korang mengikut citarasa korang. Desktop ala aesthetic gittew. Harap post nie membantu. 
Bye.



You Might Also Like

4 comments:

  1. Nice minimalist desktop you have there.
    It's rare to see girl that tinker with their computure setup. good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. I really love to explore these kind of things. It make me feels good if the results turns out as my expectation.

      Delete