Drama

It's Okay to Not Be Okay

2:25 PM Amyra 8 Comments

Assalamualaikum. 

Hello Readers.

Happy Sunday. Seronok ye korang cuti panjang. Aku jugak yang cuti longkang. Padahal keje HR. Ok, tak nak cakap banyak kalau tak hati memberontak. Rasa nak marah. 

Aku baru je habis tengok "It's Okay to Not Be Okay".Yer aku agak terlambat sebab ramai yang dah khatam drama nie. Disebabkan ramai yang recommend drama nie dan review semuanya memberansangkan. Why not kan aku tengok. Dan antara sebab lain yang membuatkan aku nak sangat tengok drama nie sebab ia dikatakan healing drama. And yes. aku boleh relate banyak scene dengan diri aku. 1st episod aku tengok laki aku dah start membebel cerita apa la yang awak tengok nie? Dah takde drama lain ke? Sudahnya dia yang tak sabar nak tengok next episod. Sampaikan dia tengok tak tunggu aku semalam sebab aku dah mengantuk sangat. 



Sinopsis It's Okay to Not Be Okay
Mengisahkan  Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun),  seorang jururawat di hospital psikiatri yang hidup bersama abangnya Moon Sang-tae yang menghidap Autism Spectrum Disorder (ASD) dan Ko Moon-young (Seo Ye-ji) seorang penulis buku kanak-kanak yang mengalami masalah Antisocial Disorder. Moon Gang-tae dan Ko Moon-young berjumpa dalam satu insiden yang tak diingini. Sepanjang perkenalan mereka, banyak insiden berlaku dan kebenaran yang terungkai. 

Butterfly Hug Method
Butterfly hug method nie merupakan salah satu cara yang method yang Gang-tae ajar Moon-young. Dalam keaadan yang kita tak mampu kawal perasaan, pejam mata, silangkan tangan dan peluk diri sendiri, lepas tu tepuk bahu sendiri. Perasaan dia seolah-olah ada orang yang peluk kita, so kita akan rasa lebih lega dan tenang. Insyaallah. 

Selain dari butterfly hug method, Gang-tae ada jugak nasihatkan Moon-young untuk kira 1 sampai 3 sebelum buat sesuatu atau tengah marah. Benda nie selalu doctor aku pesan, kalau tengah marah, or rasa tak boleh bertenang - tarik nafas dalam-dalam, kira 1 sampai tiga. Istighar. Benda nie memang aku practice dalam aktiviti seharian aku. Especially bila aku dekat office dan ada argument dengan boss aku. Secara jujurnya, boss aku memang banyak menguji kesabaran aku. Pernah sekali aku dah bertekak teruk dengan dia sebab dia paksa aku untuk tolak Annual Leave masa PKPB baru start. Ye lah masa tu, nak gerak rentas negeri kan kena tunggu Gerak Malaysia. Masa tu staff lain semua masuk office, aku yang terkandas dekat Sungai Petani, bekerja dari rumah. Settlekan gaji staff, application Subsidi Upah. Bila masuk office, dia cakap tolak cuti sebab tak fair untuk orang lain yang masuk office dan buat gaji tu sehari je. Yer, menyiraplah seketul Amyra. 

Kalau nak diceritakan pasal boss aka CEO tempat aku bekerja, tak tau la nak cerita macam mana. Faham, mana-mana company pun akan ada politik dan double standard. Tapi tak la terlalu obvious. Aku bukan nak memburukkan siapa-siapa. Tapi adilkah bila seorang CEO boleh bagi Account Manager untuk cuti Sabtu & Ahad minggu ke 3 & 4, tapi back office yang lain cuma dapat halfday. Adilkah tu? Aku pernah ambil keputusan untuk berhenti, tapi tu aku terpaksa fikir panjang. Aku tak nak kedepan aku suffer masalah lain. Aku pernah dapat offer lain, cuti sabtu ahad, company besar tapi disebabkan masalah terlalu fikir, terlalu takut untuk berdepan dengan environment baru. Silap aku sebab terlalu brefikir banyak dan tolak offer tu. Sekarang aku menyesal. 


Sejujurnya aku penat. Penat sangat. setiap hari bangun pagi nak pergi kerja memang kena berperang dengan perasaan sendiri. Semoga ada jalan keluar untuk aku. Haha. Doakan aku gais. Semoga ada sinar kebahagian untuk aku. Ammin. Tunggu la next appointment awal bulan September. Tengoklah macam mana progressnya. Semoga baik-baik semuanya. 

Maaflah termelalut dan buat curhat (curahan hati). Berbalik kepada drama It's Okay to Not Be Okay, overall drama nie memang best. Lain dari yang lain. Laki aku yang tak layan K-Drama boleh layan sampai last episod dan dia pulak yang obsess dengan Ko Moon-young tu. Hangin je aku tengok dia. 
Ada part kau akan ketawa, ada part sedih. Well balance cerita nie. And at the same time, kau akan dapat info tentang kesihatan mental. It is  something worth to watch. 


Bye. Till next post. 
















You Might Also Like

8 comments:

  1. Cite ni mmg best sesangat.. 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Kalau nak ulang 2 3 kali pun tak bosan.

      Delete
  2. Wish to watch it too.. Hehe.. Omg.. X dan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti sempat tengok la. Lain dari yang lain. Memang best.

      Delete
  3. Tak sempat nak tengok lagi. Ramai cakap best.

    ReplyDelete
  4. Hari ni dah 2 kali baca review cite ni. kena tengok lah.

    ReplyDelete
  5. best besttttt. i love

    sorry la ray baru perasan tak follow sini lagi. okay follow dah hehe

    oh btw feel free utk join and meriahkan my giveaway here
    https://www.raydahalhabsyi.com/2020/08/preloved-giveway-by-raydah.html

    ReplyDelete