Games

Cyber Hunter - PUBG versi Anime

10:17 AM Amyra 2 Comments

Assalamualaikum. 

Hello Readers.

Kali nie aku nak bercerita tentang 1 game yang aku addicted since last year. Aku tak pasti sama ada, kewujudan game ni disedari ramai atau tak. Yang pasti aku suka dan aku akui aku ketagih dengan game nie. Game apa tu? CYBER HUNTER. Sebenarnya aku diperkenalkan dengan Cyber Hunter (CH) sekitar tahun lepas, kawan husband aku la, dia suruh try download. Masa tu CH nie baru Season 2 dan sekarang dah Season 8. 

Aku termakan racun membe husband aku sebab katanya game nie lebih mudah berbanding PUBG. Memandangkan masa tu aku fed-up dengan PUBG - ye lah tak faham peluru yang sesuai untuk weapon yang mana, main pick-up je. So aku give a try. Download la CH nie. Punyalah excited nak main sampaikan aku pilih server EU instead of server SEA. Maka bermainlah aku dengan pemain lain yang bahasanya aku tak faham. Kah. Nak tukar server dah sayang account tu sebab dah bermacam outfit yang aku dapat. So stay je la. 


Masa mula-mula aku dowload, grafik CH nie memang kartun habis, Ala-ala anime gitu, Tapi sekarang nie dah upgrade and grafik pun dah makin cantik. Dah makin banyak features yang developer tambah. Sebelum nie cuma ada Battle Royale je. Now dah ada Faction Showdown, kalau dalam COD,  macam multiplayer. Yang menariknya CH nie, selection avatar ada 3, dan boleh customize look. So pilih la secomel mana kau nak. Dan yang paling penting, dia direct forward. Contoh SMG, tak kisah la apa jenis SMG weapon, semua SMG ammo boleh pakai. So, kau tak perlu nak pening-pening. Bagi aku kalau kau baru nak berjinak-jinak dengan game battle royale boleh try CH dulu, then main PUBG. 

 
Eventhough ada sesetengah gamers yang kecam, tak logik la boleh panjat-panjat tiang elektrik, tapi i is ok. Ye la, dia pun ala-ala cyborg and futuristic gittew. Macam aku cakap tadi, kalau newbie memang sesuai main CH nie. Nak tahu apa yang best lagi CH nie korang kena la download and try sendiri. Btw, CH pun ada for PC yer. 


So kalau korang dah download and berada di server EU, boleh la add id "Enchantress89" boleh la kita berperang bersama-sama. Adik aku yang darjah 5 pun sekali ajar je dah pandai main. 

Kalau korang memang dah main CH and ada dalam server SEA, korang boleh la join group Cyber Hunter Malaysia. Satu benda kau kena bertabah kalau server SEA katanya banyak pakai cheat. tak taulah den. 

Tschüss.
(Bye dalam bahasa German)

p/s: Aku tengah belajar bahasa German. Kah


You Might Also Like

2 comments:

  1. Alamak kita tak layan PUBG pulak. Versi anime macam lagi menarik nampak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Myra pun kurang sikit PUBG. Noob. Hahaha. Untuk newbies sesuai sangat Cyber Hunter nie.

      Delete