Blogging
Berinspirasikan blogger yang dah berjaya, aku tanamkan hasrat untuk belajar and perbaiki kelemahan aku dalam blogging. Manalah tau ada rezeki aku boleh dapat pendapatan melalui blog je. Tak perlu kerja dah. Masa tu mulalah berangan nak tukar dari blogspot.com ke dotcom sendiri. Dalam erti kata lain berdomain. Kalau berangan saja memang takkan sampai kemana, sudahnya semua hasrat aku terkubur macam tu saja. Hangat-hangat tahi ayam je sampai bersawang blog nie bertahun lamanya.
Tukar dari Blogspot ke Dot Com.
Assalamualaikum.
Hello Readers.
Selamat berhujung minggu. Aku wish dalam keadaan tak redha, maklumlah seketul Amyra kena kerja hari Ahad. Selagi ada seekor boss yang double standard selagi tu lah aku takkan berpuas hati dan tak rela untuk bekerja pada hari Ahad. Lupakan cerita yang esok aku nak kena kerja. Dah lama sebenarnya nak post 1, 2 entry dekat sini tapi ada je halangan yang tak dapat dielakkan. Ditambah pulak dengan kesibukkan kerja selepas 2 bulan bercuti. To be honest aku rindu PKP.
Aku tak pasti bila aku mula berblog. Blog yang asalnya aku buat macam diari, semua benda aku cerita, Cerita sedih, gembira even cerita putus cinta pun aku tulis dalam blog nie. Dari gaya penulisan macam budak sekolah sampailah sekarang. Dan aku masih perlu perbaiki gaya penulisan aku. Template blog tak payah kira la berapa kali dah bertukar. Melalui blog jugak aku kenal blogger-blogger yang dah gah namanya macam Hanis Zalikha, Ben Ashaari dan Cik Epal. Haha. Dorang semua dah berjaya, aku? Masih macam nie. Insyaallah ada la nanti rezeki aku kemudian hari.
Rupa blog nie masa awal-awal blogging |
Berinspirasikan blogger yang dah berjaya, aku tanamkan hasrat untuk belajar and perbaiki kelemahan aku dalam blogging. Manalah tau ada rezeki aku boleh dapat pendapatan melalui blog je. Tak perlu kerja dah. Masa tu mulalah berangan nak tukar dari blogspot.com ke dotcom sendiri. Dalam erti kata lain berdomain. Kalau berangan saja memang takkan sampai kemana, sudahnya semua hasrat aku terkubur macam tu saja. Hangat-hangat tahi ayam je sampai bersawang blog nie bertahun lamanya.
Dari tahun ke tahun, konon berazam nak aktif blogging balik. Kononnya untuk release stress dan berkongsi cerita dengan pembaca. Kalau ada yang baca blog ni, Alhamdulillah dan terima kasih sudi luangkan masa membaca. Cuma lately rasa nak aktif menulis balik and jadikan blogging as hobby and therapy. So aku decide untuk berdomain dengan harapan aku akan lebih rajin update dan lebih konsisten.
Alhamdulillah, aku diperkenalkan dengan sorang blogger yang banyak share ilmu blogging di Facebook beliau. Mulanya aku cuma bertanya berkenaan projek yang dia usahakan, sampailah aku suarakan hasrat aku nak berdomain. Urusan aku dipermudahkan sebab Sis Awa jugak buat service pasang domain. So tak fikir banyak aku terus setuju dengan dia sebab harganya pun berpatutan. Nak dijadikan cerita, bulan March selesai buat pembayaran semua, Perdana Menteri Malaysia umumkan Perintah Kawalan Pergerakan, makanya proses pemasangan domain tergendala, sampailah lepas habis PKPB barulah siap. Lama penantian tu, tapi ianya satu penantian yang berbaloi. Halangan sekarang untuk kebaikan masa depan. Insyaallah.
Bila dah tukar ke domain terpaksa menunggu semula google adsense untuk set balik ads. Harapnya takde masalah dan settle cepat. Sebab tu kosong je dekat header tu. Settle semua, semoga seketul Amyra tak malas nak menaip.
Sabar sekejap ye. Lepas nie kita pasang iklan balik. |
Kepada mereka yang berminat nak pasang domain korang boleh contact Facebook Sis Awa atau dekat https://www.sishawa.com/ Semoga murah rezeki Sis Awa. Terima kasih sebab tolong Myra.
Tahniah
ReplyDeleteTahniah Amyra... enjoy your blog with dotcom...
ReplyDeleteTahniah moga bertambah maju
ReplyDeleteTahniah. Blog cantik. Minimalist.
ReplyDeleteErmmmm rindu PKP jugak. Heheheheheh.
Tahniah Amyra. Dari blogspot tukar ke .com. 👏👏
ReplyDeleteTemplate sekarang simple dan nice. Bersih.
Nanti Amyra free bolehlah set semula adsense tu
Tahniah, semoga terus success dengan blogging.
ReplyDelete