Personal

Kisah Saringan Covid-19 dan Sekotak Rokok.

2:48 AM Amyra 8 Comments

Assalamualaikum. 

 Hello Readers.

Salam 11 Ramadan. Cerita nie sebenarnya dah lama sangat aku peram. Ye la, masa kejadian tak silap aku minggu ke 3 PKP. Maknanya masa tu baru PKP fasa kedua. Agaknya la. Aku tak pasti. Tapi apa yang jadi aku memang tak lupa la. Well ada 1 hari tu aku keluar dengan ayah aku (tolong jangan judge) sebab aku kena amek ubat aku dekat Klinik Kesihatan. Masa tu aku kena pegi 2 minggu sekali untuk kelansungan ubat aku. Aku cuba la untuk mintak stok sebulan tapi masa tu memang doctor refuse untuk bagi. 

Gambar ihsan - Opencity

Sampai Klinik Kesihatan ayah aku drop aku depan gate klinik, maka berjalanlah aku ke pintu masuk untuk pendaftaran. Masa nie memang dah ketat prosedur nak masuk klinik. Sebelum sampai pintu masuk, ada nurse akan jaga and check suhu, tanya sejarah perjalanan semua. So dia tanya la aku ada demam, batuk or tak. Sempat jawab demam je, aku dah terbatuk plak dekat situ. Sudahnya aku disuruh ke khemah kaunter saringan Covid-19. Yer khemah saringan sebab aku terbatuk depan nurse tu. Aku rasa korang boleh imagine kot khemah tu macam mana - khemah putih dekat kawasan parking kereta. Masa tu ramailah orang yang memandang. Aku memang tak ambil gambar sebab masa tu aku dah pikir macam-macam dalam kepala otak, walaupun aku tau apa punca batuk aku yang sebenarnya. So prosedur macam biasa la, jumpa nurse amek tekanan darah - sampai 3 kali dia check sebab tinggi. Nurse tu tanya aku nervous ke. Maunya tak nervous. Settle check tekanan darah terus aku jumpa doktor dekat khemah belakang. Doktor mula tanya aku, kenapa aku datang klinik hari nie. So aku explain dekat doktor yang aku datang nie cuma nak ambil ubat. Ubat jenis apa semua aku cerita dekat doktor secara detail. 


Aku ceritakan secara dialog supaya tak panjang sangat karangan aku.

Doktor : Dekat sini ada tulis awak batuk. Dah berapa lama batuk nie?
Aku     : Saya batuk dah lama doktor. Batuk yang tak pernah baik, sebab saya ada asthma. 
Doktor : Ooo. Yeke? Kalau macam tu awak sepatutnya masuk dekat bahagian dalam klinik, bukan dekat sini, Sini untuk saringan Covid-19. Macam mana awak boleh sampai ke sini?
Aku     : Ntahlah doktor. Nurse yang dekat depan pintu masuk tu dia tanya saya ada demam, batuk ke tak, saya sempat jawab saya tak demam tetiba terbatuk dekat situ. Tue yang dia suruh saya kesini terus. 
Doktor : Owh, salah faham la nie. Takpe saya bagi prescription awak terus ke farmasi je. Tak payah masuk dalam dah. 

Aku pun berterima kasih dekat doktor sebab aku dah tak payah bersusah-susah nak masuk dalam klinik jumpa doktor lain pulak. Btw, hari tu hari ahad. Kalau dekat SP nie hari Ahad, memang ramailah orang dekat klinik. 

Settle semua urusan dekat klinik, ayah aku datang ambil aku. On the way nak balik aku mintak ayah aku singgah dekat stesen minyak sekejap sebab aku nak beli Fresh Milk. Ye la masa tu tengah viral Dalgona Coffee kan. Tapi aku dah kira terlambat untuk try sebab takde Fresh Milk. Sebelum sampai stesen minyak ayah aku dah kirim sekotak rokok. Rokok Rothman warna merah (aku tak sure ejaannya macam mana sebab aku tak pernah dengar) Banyak kali aku ulang "ayah nak rokok Rothman merah kan?" Dah sampai stesen minyak sebelum aku turun kereta sekali lagi aku tanya "Rothman merah kan?" Ayah aku angguk je sebab malas nak jawab pertanyaan aku yang ntah kali keberapa. 


Aku terus masuk kedai serbaneka, and cari Fresh Milk dulu. Tak jumpa gais. Rupanya yang kotak habis cuma tinggal yang botol je. Takpelah jadilah. Dah amek susu tu, aku pun nak pegi kaunter bayar and beli rokok yang ayah aku pesan. Sampai je kaunter otak aku blank. Aku tak ingat terus rokok apa yang ayah aku pesan. Yang aku ingat mula dengan Ros dan warna merah. Aku perati satu persatu rokok dekat belakang kaunter tu tapi harapan laa. Orang rabun mana nak nampak apa. 


Aku dengan yakinnya, "Adik, saya nak rokok ros... errmm ros.... ermm ala.. rokok tu nama ros.." Nasib baik la budak dekat kaunter tu tau. "Rokok Rothman? akak nak kaler apa?" Macam nak melompat aku dekat situ sebab dia berjaya buat aku keluar dari kebuntuan aku. Padahal boleh je aku keluar balik dari situ and pegi tanya ayah aku. Ntah la tapi aku memang malas nak keluar balik. Jangan tanya kenapa nak kena keluar kalau boleh guna telefon je. Telefon aku tinggal dalam kereta. Kalau adik tu tak jawab rokok rothman, memang sikit lagi je aku nak cakap "Akak nak rokok Roslan" Kahkahkah. Tau pulak budak tu Roslan isap rokok apa. 

p/s: Ada ubat untuk orang pelupa tak? Rasa macam dah kronik sangat nie. 



You Might Also Like

8 comments:

  1. eheheh first time tahu rokok ada nama rosthman hehe..
    btw syukur x kena ujian saringan tu.. tapi nurse tu dia pun amek langkah berjaga2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Alhamdulillah, nasib baik tak kena buat ujian saringan tu. Masa nak melangkah ke khemah saringan tu kemain dupdap dupdap kita.

      Delete
  2. nurse tu mesti panik lepas dgr batuk tu. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Dia ambil langkah berjaga-jaga tu.

      Delete
  3. Debor jgk kalu kene masuk khemah putih tu kan ? Sib baik ada doc yang boleh coolkan pesakit hehehe

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah semua okay
    bab rokok tu memang kelakar
    haha

    ReplyDelete
  5. Myra tulis terbatuk, tapi saya baca terhantuk ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. First time dengar rokok brand Rothman weh, baca entri ni terfikir jugak, adakah tolong beli rokok untuk bapak kita dikira sebagai seorang anak yang baik, padahal rokok tu bahaya untuk kesihatan ๐Ÿ˜•

    ReplyDelete
  6. emm. pernah juga berlaku keadaan salah faham antara kaunter dengan station yang betul2 kita nak pergi. maybe masa task briefing ada yang dengar sekali lalu je kot.

    ReplyDelete