Food

Oh Tauhu Bergedil

10:17 PM Amyra 7 Comments

Assalamualaikum.

Hello Readers. 

Minggu nie merupakan minggu yang paling seronok, tenang, aman, dan best dekat office. Disebabkan boss takde, so memang office tu macam aku yang punya. Rasa indahnya berada di office bagaikan di syurga. Gittew. Ye la bila boss takde nie lah masa paling seronok untuk seketul Migha masuk office. Cuba kalau boss ada dekat office, akulah manusia paling malas nak masuk keje. Sementara boss tak masuk keje lagi nie aku nak enjoy moment nie.

Actually, minggu nie aku dengan Mr D memang sibuk dengan aktiviti "Pasar Malam Hunting". Kahkahkah. Migha kata dia diet, tapi dia masih sibuk dengan Tauhu Bergedil dia. Hahaha. Secara jujurnya, aku baru je try Tauhu Bergedil nie awal bulan July hari tu. Padahal dah lama benda nie viral. Yer seketul Mgha memang dah ketinggalan keretapi. Sebelum nie masa orang tengah kecoh-kecoh dengan tauhu bergedil nie, aku dengan Mr D sikit pun takde teringin nak rasa or makan. Cuba buat apatah lagi. 

Nak dijadikan cerita, masa open house dekat office, sorang ofismate aku bawak Tauhu Bergedil and maklumlah dekat office aku nie tak ramai warganegara Malaysia, makanya ada la lebih tauhu bergedil tu untuk aku tapau bawak balik untuk makan malam. So, masa nie lah aku dengan Mr D first time makan and rasa tauhu bergedil. Oh no. Memang sedap rasanya, nak pulak sambal kicap dia power. Start dari hari tu aku mula, tak keruan dengan tauhu bergedil. 


Masa dekat Semporna memang tak ingat langsung pasal tauhu bergedil sebab hari-hari kitorang melantak seafood segar. Tapi bila dah balik semenanjung nie, mulalah tekak teringatkan Murtabak Pak Din lah, Popia Basah Azhar lah. Dan yang paling nak sangat repeat makan tauhu bergedil lah. So start dari Isnin, aku ajak Mr D pergi pasar malam cari tauhu bergedil. Balik kerja hari Isnin tu, terus ke Pasar Malam Hillcrest, dah jalan separuh pasar malam tu, kitorang tak jumpa 1 pun gerai yang jual tauhu bergedil. Ntah macam mana, hari tu sebab punyalah teringin nak makan, aku ternampak sorang perempuan nie makan tauhu bergedil, terus aku bagitau Mr D. dekat 2 kali kitorang pusing pasar malam tu cari sampai nak putus asa, dan mengalah. Aku cakap dengan Mr D maybe dia makan benda lain kot, saya je nampak macam tauhu bergedil. Dannn... Taraaaaa. tengah berputus asa tu, ternampak makcik nie jual tauhu bergedil. Alhamdulillah rezeki kitorang. Tapi aku tak berapa suka sebab kicap dia bukan kicap sambal, kicap dia hanyalah kicap manis biasa. 

Kitorang teruskan lagi pencarian kitorang hari berikutnya, sampailah hari Rabu baru ada jumpa makcik lain yang jual tauhu bergedil. Tapi taklah power sangat sambal kicap dia. Masih boleh diterima tekak. Makanya hari ini aku cuba la meng"google" resepi Tauhu Bergedil, yer kononnya nak cuba buat la. Tapi disebabkan banyak barang dapur dekat rumah takde, aku postpone dulu niat nak buat tauhu bergedil nie. Tunggulah minggu depan kalau rajin aku order je tauhu bergedil dekat online seller. Korang kalau ada suggestion boleh la bagitau aku. 

Bye.

p/s: Semoga seketul Migha boleh tido dengan tenang tanpa memikirkan tauhu bergedil.

Kredit gambar - https://buatoranglapo.com



You Might Also Like

7 comments:

  1. Hehe seronok ye migha bos outstation ye hehe bab mengadap tauhu bergedil tu satu perasaan yang sangat best, juju pun suka sgt dgn tauhu bergedil...tp sambal kicap kena win lah baru kena dgn anak tekak...migha nanti try lah buat resepi tu, rasanya tak adalah susah sgt nanti cari bahan cukupkan ye.

    Keep in touch always...anyway lawanya blog migha, akak ni suka background blog putih...so sejuk nak lepak sini lama hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Thanks kak juju. Migha tengah mencari masa dan kerajinan nak buat tauhu bergedil nie.

      Delete
  2. Sedapnya tauhu bergedil,
    Kita datang follow awak ni ^__^

    ReplyDelete
  3. Myra, kecur air liur kami tengok tauhu bergedil tu. Adudu :(

    Sedap tu.

    Done follow Myra # 568

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uwaa.. Sorry kami tak sengaja nak buat hampa kecuq liuq.

      Delete
  4. terliur tengok begedil tu..sedappp :-)

    ReplyDelete