Novel Terbaru Alaf 21

8:35 PM Amyra 0 Comments



Sinopsis
Zarida dan Zaihan belajar di universiti yang sama. Emosi gadis itu tersentak tatkala sering dibuli dan dipandang rendah oleh lelaki itu. Dia berang kerana lelaki itu sanggup berkasar dengan perempuan. Memang lelaki itu menang peraduan fizikal, tetapi dia yakin lelaki itu tunduk dalam pertandingan hati dan perasaan.

Zarida bertekad mahu membuatkan lelaki itu jatuh cinta Kepadanya. Selepas lelaki itu rebah di pangkuannnya, dia akan memutuskan hubungan mereka, dia akan leburkan kasih tu sebagaimana besi dicairkan. Biar semangat jiwa Zaihan punah, biarkan lelaki itu patah hati. Itu rancangan balas dendam Zarida kerana Zaihan yang berlagak dan dingin itu telah memalukannya dulu.

Sebaliknya, setelah hubungan mereka semakin rapat, pendiriannya mula goyah. Personaliti Zaihan membuatkan hatinya terpaut. Namun, ada satu rahsia dalam sisi hidupnya yang belum diketahui oleh lelaki itu. Dia tidak keruan kerana hakikatnya dia tunangan orang.



Sinopsis
NADIA terpinggir di rumah anak-anak yatim. Berpuluh tahun dia terpisah daripada keluarga setelah kematian ibu. Dia kembali menjejak darah daging yang menghilang entah ke mana. Hanya itu impiannya sejak dulu.

Sebagai manusia, dicurahkan kasih sayangnya pada anak-anak jiran yang kehilangan ibu. Kemesraan mereka menambat hati si ayah. Roslan mahu melamar Nadia sebagai pengganti arwah isterinya. Namun, Nadia ketepikan soal perasaan. Baginya, impian bertemu keluarga melebihi segala-galanya.

Latif pula sudah lama menaruh hati pada Nadia sejak mereka sama-sama menghuni rumah anak-anak yatim. Cinta itu dibawa hingga ke dewasa. Ketika kata cinta dilafazkan, Nadia tetap memberi jawapan yang sama seperti Roslan.

Makna cinta bagi Nadia adalah ketulusan. Siapa jua jodohnya, hanya ALLAH Yang Maha Mengaturkan. Impian itu harus diburu terlebih dulu kerana ada isi sejarah keluarganya yang dia perlu tahu.



Sinopsis
“Terimalah lelaki yang mencintai kita lebih dari–pada kita mencintai dia.” Bolehkah ungkapan ini digunakan oleh Qaireena Asyikin untuk menerima semula huluran kasih Johan?

Lelaki itu pernah dicintainya suatu waktu dahulu, namun dia terpaksa berkorban kasih apabila Johan memilih kakaknya, Qairun Annesa sebagai isteri tanpa sebab yang pasti.

Kini, Qairun Annesa telah kembali kepada-NYA. Kemelut membelenggu diri apabila Johan mula menagih kasihnya. Desakan daripada orang tuanya agar menerima Johan juga benar-benar membuatkan dia tersepit.

Bagi mengelakkan diri, Qaireena mengambil jalan mudah. Dia menggunakan nama ketuanya, Kamil Ihsan sebagai kekasih samaran tanpa pengetahuan empunya diri. Namun, masalah mula timbul apabila tembelangnya pecah.

Kamil Ihsan yang bersikap ‘bossy’ menambahkan lagi tekanan Qaireena. Kedua-dua lelaki itu benar-benar menghuru-harakan hidupnya yang selama ini tenang tidak berkocak. Siapa sangka, dalam kemelut rasa itu rahsia yang tersimpan bertahun-tahun lamanya, terungkai satu demi satu.

Mampukah Qaireena Asyikin memberi kata putus yang boleh menggembirakan semua pihak?


Sinopsis
MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan,

‘Dia kosong, aku pun kosong.’

Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan ‘tidak’ sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.

Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata ‘tidak’ bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata.

Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.


Additional Note: Srikandi vs Arjuna - RM 17.00
                     Kemahuan Hati - RM19.90
                               Bukan Kerana Sayang - RM21.00
                           Kisah Benar Kasih - RM 21.00



You Might Also Like

0 dah "bash" Myra: