Food

Review Spicy Lemon McChicken Deluxe - Burger Baharu di McDonald's

3:21 PM Amyra 1 Comments

Assalamualaikum. 

Hello Readers.

Happy Sunday. Memandangkan hari nie hari ahad dan Myra terpaksa berkerja FULL makanya terpaksa la mencari lunch dekat foodpanda atau grabfood. Korang punya RM50 ePenjana dah habiskan ke? Hujung bulan nie expired tau. Disesbakan ada lagi balance, Myra decide untuk self reward diri sendiri dengan burger baharu di Mekdi (McDonalds).

Myra kalau pergi McD memang selalunya akan order Spicy Chicken McDeluxe. Jarang sangat nak order makanan lain melainkan mood tetiba nak berubah angin. Gittew. Tengah-tengah scroll Grabfood ternampak promo burger baharu dekat McDonald's. Nampak macam menarik, ye la kombinasi Spicy Chicken McDeluxe dengan Sos Lemon Mayo. So mestilah rasa dia pedas-pedas masam kan. Myra lupakan hasrat nak order nasi lemak Ali, Muthu & Ah Hock, terus order McDonald's tanpa berfikir panjang. 
Maafkan Myra sebab kuat makan.
Tak tau lah kenapa lately nafus makan bukan main lagi, Padahal semalam bukan main lagi Myra melantak. Dari makan tengahari sampai ke malam, Nasi Ayam Penyet - Fish Fingers - Milo Godzilla - Smoked Duck Carbonara Spaghetti (extra Spaghetti, Extra smoked duck untuk birthday girl) Tapi hari nie lapar macam tak makan

Expectation vs Reality


Myra takde la expect terlalu tinggi. Perkara biasa bila dalam gambar dengan actual produk berbeza. Orang dalam gambar dengan depan-depan pun lain. Ye dok? Tapi ada la sedikit kekecewan bila tengok sos lemon mayo tak semenarik macam dalam gambar. Takpelah bantai je la. Tengok macam mana rasa dia pulak. 


Secara keseluruhan ok je rasa dia. Tak jauh beza pun dengan burger Spicy Chicken McDeluxe. Yang berbeza dia tambah mix salad - additional kobis purple dengan carrot. Sebab itu je yang Myra nampak. Sos Lemon tu pulak, bagi Myra, takde lah masam macam yang Myra expect, masam -masam manja pun tak. maybe sebab sos lemon tu dia letak tak banyak so tak terasa sangat. Yang lain sama macam burger kegemaran Myra Spicy Chicken Mc Deluxe - juicy chicken patty dengan bun yang lembut. Mungkin next time Myra boleh mintak extra Sos Lemon Mayo baru terasa masam-masam lemon. 

Nak repeat lagi ke Tak?

Untuk Myra yang memang suka Spicy Chicken McDeluxe, why not repeat. Sebab kombinasi burger dan sos lemon tu sedap je. Cuma macam Myra cakap tadi boleh try mintak extra sos lemon untuk rasa lebih masam. Kalau nak cakap tahap kepedasan dia, sama je macam Spicy Chicken McDeluxe. Nak lagi power, tambah black pepper yer. 

Selain dari burger baharu, korang boleh juga cuba Thai Milk Tea Cone atau Sundae. Yang nie Myra tak sempat nak cuba sebab tadi tak available. So maybe next time boleh la singgah Mekdi try aiskrim pulak. 

Bye. 















You Might Also Like

1 comment:

  1. Thai milk tea tu akak tak pernah cuba lagi.Nampak macam sedap je burger baru ni..nanti nak try

    ReplyDelete