Lagenda,

Puteri Lindungan Bulan

5:44 PM Amyra 8 Comments

Assalamualaikum.

Hello Readers.

Migha rasa kali nie nak bercerita pasal cerita lagenda or mitos pulak. Tak pasti sama ada ramai atau tak yang dah tahu cerita lagenda "Puteri Lindungan Bulan" nie. Secara jujurnya, Migha tahu wujudnya lagenda Puteri Lindungan bulan lepas Migha baca novel tulisan arwah Liana Afiera Malik tajuk Bukan Puteri Lindungan Bulan. Novel tu dah lama sebenarnya, Migha 1st time baca masa tingkatan 2 kalau tak silap. Tebal dia serupa kamus tapi jalan cerita dia memang menarik.


Lagenda Puteri Lindungan Bulan

Kisah Puteri Lindungan Bulan merupakan salah satu mitos atau kisah lagenda dari negeri Kedah. Mengisahkan tentang seorang puteri keturunan raja, anakanda Sultan Sulaiman Syah. Baginda dikatakan mempunyai 2 orang puteri yang bernama Puteri Zaleha dan Puteri Mariam. Puteri Zaleha dikatakan memiliki darah putih, manakala Puteri Mariam berdarah merah sama seperti orang lain. Keistimewaan tu menjadikan Puteri Zaleha berbeza dengan Puteri Mariam, kerana darah putih yang dimilikinya menyebabkan dia kelihatan unik. Walaupun agak berbeza, kedua-dua puteri itu sama cantik, berperwatakan sopan dan lembah lembut.

Berita tentang puteri berdarah putih mula tersebar luas sampai ke negeri Acheh dan telah menarik minat baginda Raja Acheh, cuma baginda tak dapat mengenalpasti yang mana satu puteri tersebut. Raja Acheh pun menghantar rombongan untuk meminang puteri Sultan Sulaiman Syah. Atas sebab sayangkan Puteri Zaleha dan takut Kedah diserang sekiranya pinangan baginda Raja Acheh ditolak, Sultan Sulaiman Syah telah menggantikan tempat Puteri Zaleha dengan Puteri Mariam tanpa diketahui oleh rombongan peminangan.

Setelah selesai istiadat perkahwinan, Puteri Mariam dibawa pulang ke Acheh. Pada satu hari, Puteri Mariam yang sedap mengapur sirih dan mengacip pinang terluka dan mengeluarkan darah merah. Peristiwa ini menimbulkan kemarahan Raja Acheh dan baginda membuat keputusan untuk menyerang Kedah. Sultan Sulaiman Syah sempat menyembunyikan Puteri Zaleha di dalam sebuah lubang kerana tak mahu anak kesayangannya dirampas. Sultan Sulaiman Syah juga dikatakan telah berdoa dan berpesan kepada bulan agar puterinya dilindungi.

Kedah kalah dalam peperangan dan menyebabkan Sultan Sulaiman Syah dan isterinya ditangkap dan dibawa ke Acheh. Istana Kedah dimusnahkan dan baginda sultan mangkat semasa berada di Acheh, manakala Puteri Zaleha tak dapat dikesan oleh tentera Acheh. Disebabkan tiada siapa yang tahu kedudukannya, Puteri Zaleha meninggal dunia kerana kehabisan bekalan makanan.



Makam Puteri Lindungan Bulan

Migha sendiri tak pernah sampai ke makam Puteri Lindungan Bulan yang terletak di Kota Siputeh, Jitra. Mungkin next time boleh buat lawatan sambil belajar dekat sana. 



Cukup buat kali nie.

p/s : Migha bukan story teller yang bagus.

Bye



You Might Also Like

8 comments:

  1. Xpenah dgr kisah nih.satu perkongsian yg menarik..rasa nak Cari cerita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Rasanya cerita nie tak tersebar meluas. Cerita yang menarik sebenarnya.

      Delete
  2. lama x baca pasal puteri lindungan bulan ni.

    ReplyDelete
  3. Ni first time mama.baca ttg puteri lindungan Bulan. Tapi nama.pernah dengar sebelum. Tq sharing ye

    ReplyDelete
  4. based on novel mmg ntara top seller novel time released..haha sy sedr sanggup beli one part writer mmg bagus..i love all her novel..mgm ada ggogle sblm nie dimana cerita nie berdasarakan sejarah di kedah..

    ReplyDelete
  5. So.. Kalau dh xde sape tau mana kedudukan waktu arwah disembunyikan, macam mana in the end tau mati sebab kurang bekalan makanan?

    ReplyDelete
  6. terima kasih diatas perkongsian..akak pernah beli or baca kot cuma tak pasti Liana Afiera Malik dh meninggal..maybe akak dh lupa coz masa akak baca novel tu akak masih remaja..nanti update ye sebab author Liana Afiera Malik mmg akak suka sangat

    ReplyDelete