Personal

Tiada Lagi Ahad Yang Menyebalkan

8:08 PM Amyra 0 Comments

Assalamualaikum. 

Hello Readers.


Akhirnya, setelah hampir 2 tahun Myra tak menikmati hari Ahad tanpa memikirkan kena tolak cuti atau gaji, hari nie officially Myra terlepas belenggu dari hari Ahad yang menyebalkan. Owh, menyebalkan tu lebih kurang menjengkelkan yer. Sepanjang 2 tahun tu, bukan la takde cuti Sabtu dan Ahad, ada je cuma bila ada Public Holiday je la. Maklumlah bekas pekerja yang bosnya bangla kan. Alhamdulillah, pada masa yang Myra down sangat Allah bagi jalan lain untuk Myra, dia bagi peluang pekerjaan lain untuk Myra move on. Harapnya lepas nie secara perlahan-lahan Myra boleh kembali normal dan tak perlu sangat bergantung dengan ubat. Amminn.

Memandangkan hari nie officially Myra menikmati hari Ahad tanpa sebarang perasaan tak puas hati dan tiada kata-kata makian, makanya mood Myra agak baik hari nie. Ditambah pulak dengan hujan lebat awal pagi tadi, lagi seronok la duduk dalam selimut kan. Tapi jangan berangan la nak bangun lewat, sebabnya ada 3 ketul anak bulus akan datang bertenggek dikeliling Myra. Awal pagi dah kacau ajak main. Sabo je la. 

Loki - Suspek utama yang paling nakal tapi manja

Memandangkan dah bangun awal, ditambah dengan sejuk pulak makanya perut oun bernyanyi-nyanyi. Husband Myra awal lagi dah tanya pagi nie nak breakfast apa. Memang dah jadi kebiasaan dia kalau kitorang tak kerja, dia akan tanya nak breakfast apa. Kalau rajin masaklah apa yang ada dekat dapur tu kalau tak dia nanti keluar cari nasi lemak tak pun roti canai. Disebabkan hujan lebat hari nie, dia tengok dekat dapur ada tepung cucur ikan bilis. Jadilah untuk breakfast kitorang berdua. Roti, biskut dengan kaya pun ada. Yer. dekat rumah Myra memang tak dibenarkan masak. Kecuali, benda-benda simple ataupun masa husband Myra bekerja. Bab masak-memasak memang dia sendiri akan buat. Dari lauk simple sampailah me"rendang" masa raya hari tu. 

Hujan-hujan pekena teh o panas. Asyikk.


p/s: Semoga dekat tempat baru nie Myra lebih tenang, kesihatan lebih baik. 

You Might Also Like

0 dah "bash" Myra: