Health,

Hikmah Disebalik RMO/PKP

10:46 AM Amyra 0 Comments

Assalamualaikum. 

 Hello Readers.

Salam RMO day ntah ke berapa. Aku dah lost count. So apa je aktiviti korang sepanjang RMO/PKP nie? Confirm bertambah berat badan kan. Kita serupa gais. Actually aku dah lama nak update blog nie tapi tu la malas menguasai diri. Takde langsung rasa nak buat sebarang aktiviti melainkan - makan, tidur, main game. Haha. 

Dalam last entry (boleh baca disini) aku ada cerita aku dapat mc sampai 15hari sebab kesihatan aku tak memberansangkan dan doktor bagi rehat sebab ubat yang aku consume tu side effect dia buatkan aku tak boleh fokus. So no point untuk aku bekerja selama 2 minggu tu. Makanya aku pun balik ke kampung halaman. Nak clearkan kepala aku, release tension dan jugak berubat cara kampung. Kehidupan aku dan emosi aku memang better masa dekat kampung nie. Berikutan mc aku yang lebih kurang 2 minggu tu aku sepatutnya balik KL dan teruskan kehidupan biasa aku on 19th March. Tapi bila kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan dan company aku bukanlah essential business maka aku decide untuk sambung bercuti di kampung. Owh. Tolong jangan judge aku ye. Makanya aku terpaksa cancel tiket ETS on 19th dan kena ke Klinik Kesihatan Sungai Petani untuk kelangsungan ubat aku. Yer aku tak boleh stop makan ubat tu selagi doktor tak bagi green light.



Aku memang seronok sangat dapat sambung cuti, ye la stay at home dengan family walaupun hakikatnya laki aku dekat KL. Bagi aku ada hikmah kenapa aku dapat sambung cuti, mungkin Allah SWT nak aku betul-betul sihat sebelum aku kembali bekerja. Nak dijadikan cerita boss aku mintak aku untuk balik ke KL on 26th March untuk settlekan perihal gaji staff. Maka aku pun beli la tiket lain on 26th tu. Malangnya bila masa tu dah banyak roadblock dan setiap pergerakan kena ada surat dari majikan. So aku mintak boss aku untuk prepare surat tu, dan dia refuse untuk keluarkan surat dan mintak untuk tunggu sehingga habis RMO on 31st March. Sekali lagi aku terpaksa cancel tiket ETS aku. Dan kali nie aku decide untuk tunggu dulu dari beli tiket taknak dah cancel untuk kali ketiga. Akhirnya Perdana Menteri kita umum extension sampai 14hb April. Ada some issues yang buat aku runsing bila PM umum extension nie. Biarlah aku keep it to myself.



Sepanjang RMO nie aku mampu jer untuk bekerja dari rumah, tapi takde benda penting yang perlukan aku bekerja makanya aku jarang on email atau skype unless memang ada benda urgent aku akan bekerja. Tu pun sekejap je. Bukak laptop nak tengok blog dengan Netflix je. Aku tau ada segelintir dari kita yang kesusahan dan terkesan dalam keadaan sekarang. Aku doakan keadaan korang baik dan insyaallah ada rezeki korang nanti. As for me, RMO nie waktu untuk aku pulihkan diri aku. Aku harap habis RMO aku boleh kembali bekerja dan hadapi semuanya dengan tenang. Insya-Allah.


#StayAtHome
#KitaJagaKIta


You Might Also Like

0 dah "bash" Myra: