Tips

Kurangkan Senggugut Teruk Dengan Tips Mudah

5:19 PM Amyra 4 Comments

Assalamualaikum. 

Hello Readers.

Kebanyakkan wanita atau perempuan akan mengalami masalah senggugut ketika datang bulan. Bertuahlah  kalau tak merasa senggugut masa datang bulan. Sis jealous. Selalunya senggugut akan menyapa sehari dua sebelum datang bulan sampailah hari kedua atau ketiga period. Jangka masa senggugut bergantung kepada individu, sebab tak semua perempuan sama. Senggugut semestinya akan buat mood seseorang berubah, especially bertambah moody. I feel you girls. 

Kenapa Senggugut?

Waktu period, rahim akan mengecut dan bila hormon dikeluarkan dengan banyak, ia menyebakan rahim mengecut secara berlebihan. Disebabkan pengecutan tu lah berlakunya sakit. Sakit bukan saja di bahagian bawah perut tapi dekat belakang pinggang juga. 


Berdasarkan pengalaman sendiri, selalunya senggugut yang teruk datang berserta pakej cirit-birit, loya dan pening kepala. Orang lain mungkin tak sama dengan apa yang Myra lalui. Depends kepada individu ya. Masa bujang dulu, period terlalu teruk sampai tak boleh bangun dan semua aktiviti tergendala. Teringat mak Myra pernah cakap, "Nanti dah kahwin, senggugut tu akan kurang. Surprisingly, YES. Semakin kurang"

Memandangkan selama 3 ke 4 hari nak menahan sakit senggugut, Myra cuba cari bermacam cara untuk kurangkan senggugut ni. Dari zaman sekolah sampailah sekarang. Alhamdulillah dengan tips-tips yang pernah cuba berkurang la jugak senggugut tu. 

Tips Kurangkan Senggugut. 

1. Tuaman Air Panas / Sapu Balm Panas.

Tips nie memang ramai yang buat dan ianya berkesan. Kalau dekat rumah boleh la tuam dengan air panas. Kadang-kadang senggugut akan menyerang tak kira masa, so untuk penyelesaian Myra akan sentiasa simpan balm panas dalam handbag. 

2. Makan Coklat & Minum Air 100 Plus. 



Myra tak pasti sama ada tips ni berkesan untuk orang lain atau ianya cuma psikologi dan mindset Myra. But why not give a try. As for me it works. Honestly Myra lebih prefer makan coklat untuk kurangkan senggugut dari minum 100 plus. Dua-dua tips Myra pernah try dan ia membantu kurangkan senggugut. 

3. Jaga Pantang



Dari dulu lagi mak Myra akan pesan, jaga pantang especially bila dah nak dekat period. Selalunya kita boleh agak cycle period kita lainlah kalau sejenis period yang tak tetap. So, seminggu nak dekat period tu boleh la kurangkan minuman berais dan berkafein, kopi? No No No. Owh ya, ada juga yang cakap tak boleh makan makanan berminyak dan berlemak. 

4. Pil Tahan Sakit/ Pil Perancang

Sebaiknya jangan selalu amalkan pil tahan sakit/ pil perancang. Tak dinafikan ubat tahan sakit memang membantu untuk kurang dan legakan sengugut. 

5. Tidur

Eh! tengah sakit dia suruh kita tidur pulak. Kalau Myra dah memang tak tahan sangat, Myra akan paksa diri tidur. Tidur terlentang or mengiring memang susah la nak tidur. Tapi Myra akan tidur dalam keadaan bersujud. Myra tak ingat dari mana Myra terbaca, tapi sujud mampu mengurangkan sakit senggugut. 


So far nie antara tips dan petua yang Myra sendiri buat untuk kurangkan sakit senggugut. Kalau korang ada tips/ petua lain, share la. 

Bye. 

You Might Also Like

4 comments:

  1. sakitnya senggugut ni yang mengalami je faham..
    alhamdulillah makin meningkat usia makin kurang.. dedulu time
    mudaaaaa aiyooo.. usually mmg tuam air panas jela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Myra pun sekarang nie alhamdulillah dah berkurang. Tapi sakit belakang tu still rasa.

      Delete
  2. Balm panas tu yang macam tiger balm ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer. Macam tiger balm. Kalau takde tiger balm, Myra akan pakai minyak cap kapak. Pernah sekali tu terdesak pakai yoko yoko je. Hahaha.

      Delete