Personal

2020 - New Year, New Me

5:16 PM Amyra 1 Comments

Assalamualaikum.

Hello Readers.

Rasanya tak terlambat lagi nak wish Happy New Year.


HAPPY NEW YEAR 



Dah seminggu lebih masuk tahun 2020, seminggu nie jugak masih belum ada perubahan dekat aku. Yang ketara berubah makin banyak membawang. Eh. Faktor usia barangkali. Macam tahun-tahun sebelum nie, aku takde la beria nak berazam bagai sebab paham sangat dah semua tu hangat-hangat tahi ayam. Semuanya terpaksa carry forward ke tahun seterusnya especially azam nak KURUS. Hahaha.

Secara jujurnya aku mengharap tahun 2020 nie tahun yang lebih baik untuk aku. Bertambah baik dari segi kesihatan, kewangan dan dalam kehidupan. Mana la tau kot-kot ada rezeki baby tahun 2020. Hiks. Dan aku jugak mengharapkan tahun 2020 nie buka lebih banyak rezeki untuk aku. Aamminnn. Well since hari nie dah 9 January 2020, takde benda pun yang berubah. Aku anggap seminggu pertama nie free trial. Hahaha. Sepanjang seminggu nie yang aku berjaya buat tukar cara pemakanan aku. So far OK. Yer dan aku baru berjaya berjogging lepas balik kerja - tu pun cuma satu hari berjaya. Hari lain masih menunggu masanya. Semoga aku Istiqamah.

Kenapa aku nak kurus? Sebenarnya aku takde la nak kurus sangat pun, cuma lebih kepada nak sihat. Kalau dapat kurus, slim melim tue bonus. Aku ada misi yang aku nak settlekan. Bila, aku pun tak pasti. Kalau rezeki tu datang cepat, maka cepatlah aku selesaikan misi tu. So doakan aku murah rezeki dan semua urusan aku dipermudahkan.

2019 - Tahun yang aku banyak struggle. Tahun 2019 jugak tahun mengajar aku untuk sentiasa lebihkan diri sendiri, kemudian baru fikir orang lain. Tahun yang membuka mata aku untuk tengok lebih jauh. Kalau nak diceritakan dekat sini terlalu banyak. Apa pun yang baik kita jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

Bye.

p/s: Dah seminggu lebih tahun 2020, ada yang salah tulis tahun lagi ke?




You Might Also Like

1 comment: