Journey to Mrs D - Bertunang

2:42 PM Amyra 5 Comments

Assalamualaikum.

Tanggal 20 Mei 2017, Migha selamat bergelar tunang orang. Alhamdulilah. Sebenarnya perancangan awal Migha dengan D kitorang tak nak bertunang pun nak terus nikah je. Setelah perbincangan mak ngan ayah Migha ngan D dorang nak adakan majlis tunang. Kalau tak silap bulan 4 baru mak bagitau Migha ada majlis tunang and Migha kena balik untuk majlis tue. So within 1 month tue Migha memang tak prepare apa-apa pun. Mak kata no need to prepare anything. Balik bawak diri je. 

Kalau ikutkan Migha, masa bertunang tu nak pakai baju kurung yang sedia ada je. Tapi memandangkan dalam wardrobe tak pernah ada baju berwarna pastel so Migha rasa ada baiknya Migha beli 1 yang berwarna lembut. At first nak beli Jubah Basic Bella Ammara tapi sebab malas nak ke Bangi makanya tukar plan. Kalau dah takde sangat memang pakai apa yang ada je. Tapi Migha bernasib baik sebab masa ke Aeon Big Wangsa Maju, ada satu kedai nie buat clearance sale. So baju-baju dia semua 50% discount. Belek punya belek berkenan dengan 1 baju warna mint green. Memang dah rezeki Migha saiz pun ada bila try ngam-ngam. Ok la so baju Migha beli dengan harga RM99.

 
Boleh la kan dari takde? Murah pulak tu

 
Owh yaa. Shawl dari igshop sendiri @wardrobemigha nasib baik tauke tudung.

Honestly majlis tunang tu memang takde buat mini pelamin ke, khemah untuk makan ke. TAKDE yer. Disebabkan mak mintak pihak lelaki datang lepas zohor dalam pukul 3 petang, so kitorang jamu dengan bihun goreng dan kuih muih. Bihun goreng pun goreng sendiri. Makcik-makcik Migha tolong gorengkan. Alhamdulilah semua makanan cukup. 

Kalau nak bercerita bab bekas hantaran, hari Jumaat tue baru buat. Beli bekas plastik orang letak kek tu, hiasan DIY je. Mak Migha jenis suka simpan lace or riben, so kebanyakkan hiasan tue kitorang guna balance yang mak Migha simpan.

 
Tadaaa. Nie la hasil kitorang bersengkang mata sampai pukul 2 pagi. 

Sebenarnya kitorang cuma prepare 7 bekas je which is 2 jenis kek, kuih bahulu, kuih loyang, kuih bangkit, kurma dengan kuih raya. 😂 Eh eh, baru perasan semua benda makan. Sireh tue Migha mintak tolong sepupu Migha gubahkan, katanya bagi cukup syarat sebab sireh junjung kena ada. And additional 2 bekas mak lang dengan tok su Migha bawakkan.

 

 

Alhamdulilah majlis berjalan lancar and everything cukup. Itu yang penting.

Bye


You Might Also Like

5 comments:

  1. Selamat bertunang...dah 1 kaki nak masuk alam perkahwinan tu..take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Mama..hehehe..orang cakap dugaan bertunang tu lain mcm sikit..

      Delete
  2. Alhamdulillah, anyway, simple is better, moga dipermudahkan urusan seterusnya.

    cantik baju migha! murah tuuu, aeon big wangsa maju ek? dah dekat sangat dengan rumah IQ tuu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah Migha.. thank you bg inspirasi nak buat hantaran. Hahaha, mai punya majlis raya nanti tapi tak prepare apa pun lagi :P

    ReplyDelete