Personal

Welcome Back

8:25 PM Amyra 2 Comments

Assalamualaikum.

Hello Readers.


Secara jujurnya, aku rasa awkward - macam mana nak mula mengarang balik, apa yang perlu aku guna sebagai kata ganti diri, nak guna aku, Migha or Myra. Semua terasa janggal. Aku gagahkan diri juga menaip. Biarlah bahasa tunggang terbalik sekali pun sebab aku rindukan blog nie, rindu nak menulis. Dan aku tahu dengan ni jugak aku mampu kurangkan stress keje aku.

Sejak kembali menjadi insan yang makan gaji nie, aku memang tak sempat langsung nak jenguk blog. Nak pulak sekarang nie cuti cuma hari Sabtu. Yeah i need my Sunday. Sigh~ Maklumlah bekerja dengan boss AbgLa, makanya aku jugak terpaksa jadi macam dia. Haha.

Insyaallah, more post to come. Semoga seketul Migha tak hangat-hangat tahi ayam. 
Oh ya, aku dah putuskan untuk guna aku je dalam setiap post aku. Senang baru rasa macam tengah borak dan bercerita dengan kawan. Penat jugak nak bahasakan diri Myra, sebab kadang tersasul aku jugak. 

Sampai dekat sini je dulu. Otak aku dah jem maklumlah belum makan since pagi lagi. Nie baru terasa nak makan megi goreng sedap dengan ayam gunting. Ok. Chao.

Bye.

You Might Also Like

2 comments: