Showing posts with label Career. Show all posts

Red Flag Alert: Edisi Tempat Kerja

Assalamualaikum. 

Hello Readers.

Sejak kebelakangan nie, ramai yang Myra tengok dah bertukar tempat kerja dan berhijrah ke tempat baru. Alhamdulillah Tahniah. Myra percaya ramai juga dalam kalangan kita tengah usha-usha mencari tempat kerja baru untuk gaji yang lebih besar atau environment yang lebih baik. Good luck gais. Walau apa pun sebab dan tujuan korang, Myra doakan semoga urusan korang dipermudahkan. Aamiin. 

Since ramai yang bakal berhijrah tempat kerja, Myra nak share beberapa red flag yang korang boleh resonsider bila nak buat keputusan untuk join tempat baru atau pun tak. Nie berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan-kawan disekeliling Myra.




1. Invterview proses terlalu SENANG.
Selalunya proper interview proses akan ambil masa seminggu, paling cepat pun 3 hari untuk interviewer atau HR get back to candidate. Ketahuilah kalau hari nie datang interview, sebelum habis interview dah dapat jawapan ternyata company tu sedang desparate perlukan staff. Lagi parah kalau tak boleh tunggu kita habiskan notice period, kalau boleh esok jugak nak suruh kita masuk kerja.

2. "We work as a FAMILY"
Selalunya Myra akan dengar ayat nie masa interview session. Alasan "We work as a TEAM" atau "We work as a FAMILY" ni sebenarnya hanya untuk tambah kerja kita. Auta je tu. 

3. Turn-over staff Tinggi.
Susah untuk kita tau turn-over staff sebelum masuk bekerja, Selalunya Myra akan tanya samada position yang Myra apply ni adalah replacement atau new created position. Then Myra akan tanya, berapa ramai staff dalam pejabat dan berapa lama average tahun berkhidmat. Sesetengah majikan tak perasan tapi ada majikan yang kaki putar, so beware. 

4. Tak Transparent.
Berdasarkan pengalaman Myra, majikan takkan cerita terus terang secara spesifik Job Scope kita nanti. Masa apply kerja dekat jobstreet dah boleh perasan sebenarnya. Job ads takde JD pun cuma letak requirement je. Selain dari tu, kalau majikan agak susah nak bagi Offer Letter melalui email. Kalau nak tengok Offer Letter kena datang office dan sign masa tu jugak. Ataupun Offer Letter yang terlalu simple pun ada masalah. 

5. Suasana Pejabat.
Masa korang pergi interview tu, cuba perhatikan keadaan sekeliling. Berapa ramai staff dalam pejabat. Pejabat tu sunyi macam perpustakaan ke tak. Ada sesetengah majikan, dia nak elak kita bertembung dengan staff lain, dia akan cuba arrange sesi interview diluar waktu pejabat, lepas pukul 6 or hari sabtu contohnya. Kita ingatkan dia nak mudahkan kita, rupanya tak nak kita terserempak dengan staff lain takut tembelang pecah.

As for now itu yang mampu Myra fikirkan. Maklumlah menaip lepas waktu tidur. Nasihat Myra sebelum korang terima jawatan kerja, korang boleh check dulu company review. Selalunya dekat Jobstreet akan ada ex-staff yang tinggalkan review. Semoga kita tak seperti "keluar mulut buaya, masuk mulut harimau".


Microsoft Excel - Penting ke Tidak?

Assalamualaikum. 

Hello Readers. 

Selamat hari Ahad!! Heh, korang mesti tengah bermalas-malasan dekat rumah, or tengah dating and spend time dengan family kan. Have fun and have a great days ahead guys.

Well aku skang nie tengah bekerja. YER AKU DEKAT OFIS. Apa ke peliknya HR kerja hari Ahad. Tapi untuk aku yang bekerja dengan boss bangla, tiada yang pelik ye. Semuanya tidak mustahil. So aku pasrah. Padan muka, dapat keje cuti Sabtu Ahad tapi aku pilih untuk stay. PADAN MUKA KAU MIGHA!

Disebabkan aku bekerja hari nie dan sambil-sambil aku buat kerja, aku terlintas nak berkongsi cerita dan pendapat aku tentang MICROSOFT EXCEL.  Aku percaya semua orang tau apa itu Microsoft Excel, cuma yang membezakan kita sejauh mana ilmu Microsoft Excel tu.


Aku mula bekerja tahun 2012, lepas aku grad aku start bekerja sebagai Assistant Foreman. Secara jujurnya pengetahuan aku pasal Microsoft Excel nie aku boleh katakan kosong. Aku tak tau apa sampaikan duty roster pun aku buat dalam Words. Ada reports yang in Excel dan aku hanya ikut membuta tuli. Yer tanpa tahu fungsi dan macam mana. Apa orang ajar, itu aku buat - takde soalan lanjut. Lepas tu baru la aku sikit-sikit tahu apa tu Excel dan hanya tahu benda basic. Masa tu bagi aku semua pengetahuan aku dah cukup. Ye la, staff tak ramai, so boleh la copy paste je. Setakat function SUM, tambah tolak aku dah pandai. kira ok la tu.

Sampailah tahun 2015 bila aku start kerja dekat company yang staff ramai. Total headcount dalam 2000 lebih. Task pertama aku adalah untuk compile semua data staff dengan dorang punya details - no IC, bank account no dan beberapa item lagi. Bayangkan masa tu aku cuma tau Copy & Paste dan staff ada 2000 lebih, dateline esok. Kau tak rasa aku menggelabah nak menangis, sebab kena copy 1 by 1. Masa tu la baru tersedar betapa kerdilnya diri, pegi belajar dengan colleagues yang dah lama kerja and power Excel. So dekat situ aku start belajar, rupanya banyak lagi function yang kau boleh guna untuk mudahkan kerja seharian kau. Dari VLOOKUP, how to MAIL MERGE, PIVOT TABLE, semua aku belajar dekat sana. Alhamdulillah, hari nie dengan apa yang aku belajar dulu banyak benda yang aku boleh improve dekat tempat kerja sekarang. Aku takde la power tapi bolehlah. Kadang tu aku kena google jugak. Masih dalam process pembelajaran.

Bagi aku, penting untuk sesorang tu belajar Microsofr Excel. Especially bila kau dah bekerja, sebab excel akan banyak memudahkan dan mempercepatkan kerja kau. Yer, aku tau bukan semua pekerjaan perlu ada knowledge Microsoft Excel nie tapi tak salah kalau kita belajar. Mana tau satu hari nanti berguna. Jangan pulak kau jadi Manager, tapi FILTER dengan HIDE kau tak reti beza. APO?? Benda basic kot wei.

Pesanan aku untuk fresh grad, korang ada masa pergi la kelas Excel nie. Masa aku dekat U dulu takde kelas Excel nie sekarang dah tua baru terhegeh-hegeh nak cari kelas Excel. Nasib baik tak terlambat. OK. Aku nak sambung cari kelas belajar Excel.

Bye.



Website Cari Kerja

Assalamualaikum.

Hello Readers.

Sejak 2 3 menjak nie memang Migha agak aktif mencari kerja. Nak cari kerja yang tetap dan tempat yang boleh Migha explore more. Sebelum nie Migha pernah share dengan korang website yang selalu dan common untuk job seekers. Korang boleh baca kat siniNie ada addition website yang boleh korang guna untuk cari kerja. boleh la korang tengok-tengok nanti.


Secara jujurnya Migha memang banyak apply dari Jobstreet. Dengan banyak improvement dekat website Jobstreet, lagi senang untuk job seeker tahu perkembangan permohonan dorang. Yang bestnya dekat Jobstreet nie kita boleh tengok berapa banyak kali company view profile kita dan kita boleh tau samada employer tengah proses permohonan ataupun tak.


Migha akui persaingan untuk dapat interview dan kerja dari Jobstreet nie memang mencabar. Migha nasihatkan korang jangan skip bahagian "Make Your Pitch" nie. Bahagian nie sedikit sebanyak boleh menarik perhatian recruiter bila dorang terima application korang. Korang boleh check Tip ‘Pitching’ Ketika Mohon Kerja Melalui JobStreet.


Selain dari Jobstreet, Migha akan search dekat Glassdoor.com. Migha pun sebenarnya baru tau kewujudan Glassdoor nie and the best thing is, ada sesetengah Job posting akan redirect kita terus ke company website. Bermakna, korang akan terus apply kerja melalui website employer sendiri. Tapi ada jugak yang akan redirect ke job portal yang lain macam Jobstore.com. Kalau nak apply kerja melalui Glassdoor nie make sure korang buat masa yang sesuai, kalau dia redirect ke laman web employer banyak benda yang korang nak kena isi. Oh ya, employer yang posting dekat Glassdoor nie pun bukan calang-calang tau. 



Indeed.com pun website yang selalu Migha masuk untuk cari kerja kosong kat sini. Dekat sini pun banyak job posting yang korang mungkin tak jumpa dalam Jobstreet atau job portal yang lain. Tapi ada sedikit limitation untuk yang online pakai smartphone sebab bukan semua  job posting korang boleh apply. Cuma yang bestnya, walaupun korang tak sign up dengan Indeed.com tapi proses permohonan dia mudah. Kejap je dah boleh submit permohonan. Upload resume, isi information lepas tu dia akan tanya 2 atau 3 soalan yang korang cuma kena pilih, lepas tu dah boleh submit. Senang je.

Website View
Mobile View
So far, 3 website nie memang Migha akan singgah kalau nak cari kerja. Lagi 1, Migha dah pernah share dengan korang sebelum ni LinkedIn. Macam yang Migha bagitau korang sebelum nie LinkedIn nie macam Facebook.


Korang boleh personal message Connection korang untuk tanya kerja kosong or pendapat. 1 benda yang Migha perasan, akan ada dalam kalangan Connection korang yang akan send message bagitau ada peluang baik untuk korang. Jangan tak tau, Migha pernah terkena. Masa tue memang terdesak nak cari kerja lain. Ada sorang dari Connection Migha approach cakap ada peluang pekerjaan untuk Migha dan dia ajak Migha jumpa. Migha pun percaya sebab dia dari HR Department, jadinya memang masuk akal la kalau dia memang tengah cari candidates untuk company dia bekerja. Bila ditanya, nak resume ke dia jawab profile LinkedIn dah cukup. Bila jumpa rupanya nak ajak Migha join MLM. Hampehhh!! 


Selain dari go through post-post yang HR person post dekat LinkedIn, korang boleh jugak tengok dekat bahagian Job tue. Dekat situ pun ada company akan buat posting untuk job vacancy.


Haa. Korang ada lagi website yang korang selalu akses kalau nak mencari kerja? Jom kongsi dengan Migha.


Cari kerja? - Website Popular Khas untuk Job Seeker.

Assalamualaikum.


Baru grad and tengah mencari kerja? Or need a job improvement atau seeking for a better pay? Here are some idea and popular website yang korang boleh cuba. 

1) Jobstreet.
Migha very sure yang nie memang tak asing lagi bagi all Job Seeker outside there. 

2) Jensjob.com
2nd website yang Migha boleh recommend dekat korang is Jensjob. Even tak se"famous" Jobstreet, the listed company dekat Jensjob pun banyak, user friendly pun yer jugak.


3) Jobstore.com
Well, this website quite new for me. Lepas selesai mengkaji dan menelaah this website for some time, what Migha can say this website will be another good platform untuk Recruiter post their job vacancy. It's a YES. :) 

4) JobsDB
JobsDB boleh dikatakan macam adik beradik Jobstreet. Ada syarikat dari dalam dan luar negara.

5) Mudah.my
Selalunya dekat sini kita bukak nak cari rumah sewa lah, beli barang 2nd hand lah. Why dont this time bukak mudah untuk cari kerja. Mana la tau ada kerja yang korang berminat untuk apply.

6) Majalah.com
Majalah.com nie actually local website where macam-macam benda korang boleh cari kat sini. Bukan setakat cari kerja, malah bagi yang berminat untuk join dropship agen untuk tambah pendapatan kat sini tempat dia. :)

7) Linkedin
This 1 is a social media ala-ala facebook and "World Largest Professional Network". Profile korang akan nampak seolah-olah resume tapi dalam bentuk Facebook. You can post anything. You can connect with anyone. So selain dari on Facebook why dont luaskan connection korang melalui Linkedin and add orang-orang yang berkenaan especially in HR department.

8) Maukerja.my
Another local website yang korang boleh try.


So far, banyak lagi platform and website yang korang boleh go and find a job there. This might help korang yang tengah mencari kerja. 3 tahun bergelumang dengan HR sikit sebanyak ini membantu bila tengah terdesak cari staff nak isi post yang vacant.

Hope this might help uols. Selamat Berjaya. :)